“Mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti pula
satu ibadat umrah yang lain,menghapuskan dosa di antara keduanya”
(Hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Assalamualaikum.
It took me 2 years to write this :)
Diharap dengan apa yang saya sampaikan ini dapat memberi
anda sedikit sebanyak info dan gambaran buat bakal Jemaah umrah,InsyaAllah.
Tidak terlintas langsung dibenak fikiran secepat ini
dijemput Allah ke tanah suci-Mu.
Allah..
Kawan-kawan,
Percaya dan yakinlah pada besarnya kuasa doa. Yakin bahawa
Allah mendengar doa kita.
Kadang kita merasa kita tak cukup wang, tapi InsyaAllah jika
rezekimu sudah tertulis, terimalah dengan hati yang tak pernah berhenti
bersyukur.
Belum tentu rezeki seperti ini datang kembali, tetapi telah
kutetapkan keazaman dalam diri untuk menunaikan Haji jika umur ku panjang,
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, doakan saya dapat mengerjakan Haji
ketika sebelum umurku mencecah 40 tahun,aminn.
Okay, lets begin..
Date : 21 Januari 2017 – 2 Februari 2017/1438H
Tempoh : 14 hari 12 malam
Travel Agency : Wira Saujana
Alamat : Batu Caves,Selangor
Nombor Telefon : 03-6187 4595
Kos Pakej :
RM 7000
Bilangan
Jemaah : 20 orang
Pre-Umrah
3 minggu
sebelum bertolak,pihak agensi pelancongan menganjurkan taklimat sebagai
persediaan ke Tanah suci. Mereka akan brief in details tentang rukun umrah dan
persediaan am.
But before that, make sure :
1. A
valid passport.
2.
suntikan
imunisasi di klinik berdekatan (RM 150)
3. Ambil
gambar passport 4 keping ( backdrop putih) untuk urusan visa
4. Cop
pengesahan di jabatan agama berdekatan bagi pasangan suami isteri/mahram
Dokumen
diatas harus diserahkan ke pihak agensi pelancongan untuk urusan permohonan
visa
Sila buat checklist untuk kelengkapan peribadi seperti
dibawah :
1. Buku
panduan umrah & ziarah
2.
Toiletries
:- hanger, pengetip kuku, gunting kecil(untuk bertahalul)
3.
Ubat
– ubatan (SANGAT PENTING sebab harga ubat disana mahal – Panadol/ubat sakit
tekak/ubat sakit perut/ubat selesema/ubat batuk/vitamin C ) – tendency untuk demam/batuk/selesema
sangat tinggi sebab perubahan cuaca dan bercampur dengan pelbagai jenis manusia
dari pelosok dunia)
Untuk wanita : - sila
consult medical officer berkenaan dengan menstrual korang.
Sangat rugi kalau tak dapat masuk
tempat-tempat penting macam
Raudhah,even worst tak dapat tunaikan umrah.
4. Duit – tukar siap-siap di Malaysia. Berapa
banyak nak bawak, terpulang. Masa tu exchange rate Riyal mahal sikit
dari MYR (SR 100 = MYR 113.50) . Harga barang lebih kurang di Malaysia. So
berjimat-cermat lah ye
5. the
rest, bawa lah pakaian yang mencukupi. Jangan bawa banyak sangat nanti beg
berat siapa nak tolong angkat.
Perempuan :
1. Mini
Telekung – telekung sahaja tanpa kain ( 2 helai putih,1 helai hitam untuk pakai
di Raudhah)
2. Jubah
2x
3. Baju
kurung 1x
4. Baju
tidur 2x
5. Stoking
3x
6. Arm
Socks 3x
7. Tuala
mandi 1x
8. Selipar
1x
9. Kasut
bertutup 1x
Lelaki :
Sama seperti diatas kecuali
Baju-baju dan ihram
Day 1 - 21/1/2017
SV 831 /KUL JED / 1500 1915
Take off in Saudia Airlines. This is my first time to
oversea and so glad my first ever oversea destination in my entire life is to
The Haramain :)
Ibu sempat hantar di KLIA eventhough masa tu ibu masih belum
sembuh dari her anxiety and depression. Thank you ibu. Sungguh niat utama ke
tanah suci ni tiada lain selain mendoakan ibu agar diberi kesembuhan dan
dikurniakan zuriat. Sayang Ibu..
So excited! My first time travelling with parent in law
After almost 8 hours on flight,2 kali makan-makan on
board,pejam celik 8 kali jugak tak sampai-sampai,we finally touched down bumi
Jeddah.
2 jam sebelum landing, kami berniat miqat di atas flight. Pilot
akan announce yang kapal terbang dah berada di Qarnul Manzil. Once dah niat
miqat, kita akan tied to larangan ihram
Niat Umrah
“Nawaitu Umrata Wa ahramtu biha lillahi Ta’ala”
Sahaja aku
mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
5 Rukun Umrah :
1. Niat
2. Tawaf
di Baitullah
3.
Sai’e
di antaras Safa dan Marwah
4.
Bercukur
& Bergunting (Tahlul)
5.
Tertib
(buat mengikut turutan)
Berkenaan
niat ihram di Miqat :
1.
Makani
(tempat) berniat untuk jemaah luar Mekah & dalam Mekah
2.
Untuk
jemaah yang datang dari luar Mekah, ada 5 tempat untuk niat umrah iaitu :
a.
Qarnul
Manazil ( Malaysia – Jeddah)
b. Zul
Hulaifah/Bir Ali ( Madinah – Mekah)
c. Yalamlam
d. Juhfah
e. Zatul
Irqin
3. Jemaah
dalam Mekah :
a. Ja’ranah
b. Tanaim
c. Hudaibiah
d. Sumaisi
e. Tanah
Halal
***Makani terdekat dengan bandar Mekah ialah Tana’im**-jika berniat untuk
buat umrah kedua,ketiga dan seterusnya.
That is the reason orang lelaki kena pakai ihram siap-siap
dari Malaysia and ladies for sure kena pakai pakaian menutup aurat.
Overall experience of Saudia Airline :
Sangat selesa, makan sedap , heard that this airline ada
ruang solat sendiri tapi tak sempat explore.
Touch down di Terminal Haji Jeddah. Immigration process was
smooth.airport sangat luas but so sad facilities tak secanggih KLIA. Jemaah
terpaksa solat di ruang terbuka.
Kitorang sampai tengah malam. Stranded almost 2 jam tunggu
bas transit ke hotel tak sampai-sampai.
Perjalanan dari airport ke hotel dalam 2 hour.
Sampai hotel, ambil kunci bilik dan berkumpul di lobi untuk
terus mengerjakan rukun umrah seterusnya dipandu oleh Mutawif.
Hotel alhamdulillah dekat, dalam 180m ke pintu King Abdul
Aziz (Pintu 1) Masjidilharam. Betul-betul belakang Le Meridian.
Hotel Nada Deafah
Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hati ini
berdebar-debar saat ingin bersua dengan kiblatku selama 27 tahun di dunia ini..
Allah..air mata deras mengalir..Sayu hati membayangkan
betapa kerdil diri ini Ya Allah.
Alhamdulillah..selesai umrah yang pertama. Balik hotel dan
rehat.
Rukun umrah merupakan ibadah wajib bagi Jemaah umrah :
1. Miqat
2. Tawaf
3 jenis tawaf :
1. Rukun
2. Sunat
3. Wada’
Syarat sah tawaf :
1. Berwudhuk
2.
Suci
daripadan hadas kecil dan besar
3.
Suci
daripada najis pada pakaian,badan dan tempat tawaf
4.
Menutup
aurat
5. Bermula
dan berakhir di sudut hajaratul Aswad
6. Bahu
kiri menghadap Kaabah
7. Berjalan
tujuan tawaf
8. Tujuh
pusingan dengan yakin
9.
Di
dalam masjid dan luar bahagian kaabah dan hijr ismail
3. Sa’ie
Syarat sah sai’e :
1. Selepas
tawaf
2.
Mula
dikaki Bukit Safa dan berkahir di kaki bukit Marwah
3.
Tujuh
pusingan dengan yakin (dinasihatkan bawa tasbih digital untuk elakkan lupa)
Sunat-sunat sai’e :
1.
Berturut-turut(muwalat)
2.
Berjalan
kaki
3.
Berlari-lari
anak di lalulan lampu hijau (lelaki sahaja)
4.
Berzikir
dan berdoa
4. Bertahlul
Bererti bercukur /
bergunting selepas sa’ie dengan minimum 3 helai rambut.
13 Larangan semasa berihram :
1. Lelaki
- Memakai pakaian bersarung/berjahit
2. Lelaki
- Menutup kepala
3. Wanita
- Menutup muka
4. Lelaki
& Wanita - Memakai sarung tangan
5. Lelaki
& Wanita - Memakai bau-bauan
6. Lelaki
& Wanita - Memakai minyak
7. Lelaki
& Wanita - Mengerat kuku
8. Lelaki
& Wanita - Mengerat dan memotong rambut
9. Lelaki
& Wanita - Memotong / Mencabut tumbuh- tumbuhan
10. Lelaki
& Wanita - Memburu / membinasakan binatang
11.
Lelaki
& Wanita - Berkahwin/ Mengahwinkan atau mewakilkan wali
12. Lelaki
& Wanita - Melakukan
pendahuluan persutubuhan
13. Lelaki
& Wanita - Bersetubuh
Day 2 – 3 (22-23 Januari 2017 -Ahad-Isnin)
Free & easy
Day 4 (24 Januari – Selasa)
Ziarah bandar Mekah
1. Jabal
Thur (Gunung Thur)
Sebuah bukit didalamnya terdapat gua dipuncak, tempat persembunyian
Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq ketika dalam perjalanan hijrah
dari Mekah ke Madinah.
2. Arafah
(jabal rahmah)
Terletak di Arafah. Tempat
pertemuan Nabi Adam AS dengan isterinya Hawa setelah sekian lama terpisah.
Tempat melaksanakan
ibadah wukuf ketika musim Haji.
3.
Padang
Arafah
Tempat melaksanakan
ibadah wukuf.
4. Mudzalifah
Bermalam di Mudzalifah adalah syarat wajib haji .
Disini juga sunat mengutip batu untuk ibadah melontar jamrat pada 10
Zulhijjah.
5. Mina
& Jamarat
Mina – tempat Jemaah
Haji bermalam untuk melontar di 3 jamarat
Jamarat(Ula/Wusta/Aqabah)
– diwajibkan pada jemaah haji untuk melontar jamara pada hari tashriq (11-13
Zulhijjah)
6.
Ja’ranah
(boleh berniat umrah dan berihram di sini)
Salah satu tempat Rasulullah bermiqat
7. Jabal
Nur(Gua Hira’/Gunung Cahaya)
Tempat pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu dan petunjuk untuk
dirinya serta umat islam untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah.
Perjalanan ke puncak Gua Hira’ cukup mencabar.
Perbelanjaan atas individu sebab travel agensi tak provide lawatan ni
dalam itinerary.
Kalau korang planning untuk mendaki gunung ni, prepare yourself baju
sejuk,
Air mineral, dan kasut yang bersesuaian.
Kami menaiki bas ke sana,setibanya, sebuah van Nissan Hiace akan pick up
korang ke tempat berkumpul sebelum mendaki. Pengalaman yang mengerikan naik van ni sebab driver memang sengaja bawak
macam orang gila.haha.umpama naik roller coster versi van.istighfar je la dalam
van tu.
Mind you that gunung ni memang tinggi. Semput dibuatnya sebab kita tak
biasa hiking.
Mujur cuaca sejuk dan ada beberapa perhentian kalau korang nak berenti
rehat.
Gunung ni gunung batu semata, tak macam gunung kita di Malaysia. So takde
nyamuk and semak samun.
Sesampainya dipuncak memang berbaloi melihat pemandangan kota
Mekah.sangat cantik. Dan jika korang masih ada wudhuk boleh la buat solat sunat
di atas tu.
Seterusnya untuk ke tempat yang bersejarah, iaitu tempat dimana nabi
diturunkan wahyu,
Korang akan melalui gua yang sangat sempit, masa tu korang kena bersabar
sebab jemaah lain tak berapa boleh bersabar.kebetulan masa kami disana ada
sekumpulan jemaah Turki. Allah..terbayang macam mana Rasulullah pada zaman
dahulu menerima wahyu di puncak gunung yang sempit.di antara celahan batu tu
juga kita boleh nampak Kaabah.
Day 5 - 9
Free & Easy
Day 10
Tawaf Wida @ tawaf selamat tinggal dan bertolak ke Madinah
Unta of the day. He he. Di salah sebuah hentian R&R
Umrah 2017 part II – Madinah
Check in
Nama Hotel : Holiday Villa / Hotel Rove Madinah
Jarak : 120
meter ke perkarangan masjid , berdekatan pintu 25 kawasan Raudhah Peremouan
Day 11
Ziarah
1. Raudah
2. Perkuburan
Baqi’
3. Maqam
Rasulullah ,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar
Assalamualaika Ya Rasulullah
Day 12
Ziarah
1. Masjid
Quba’
Masjid pertama dibina Rasulullah
2. Ladang
Kurma
Kurma nabi iaitu kurma ‘Ajwa’, benihnya ditanam sendiri oleh Baginda.
Menurut riwayat Bukhari, sesiapa yang memakan 7 biji kurma Ajwa pada
waktu pagi nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya oada hari
tersebut,
3. Jabal
Uhud/ Bukit Pemanah
Bukit Uhud adalah bukit dari syurga. Disini berlakunya peperangan besar
yang mengorbankan bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah
4. Masjid
Qiblatain (Masjid 2 kiblat)
Satu kiblat menghadap ke Baitul Maqdis, satu ke Mekah. Disinilah
Rasulullah mengerjakan ibadah solat Zohor dimana 2 rakaat pertama menghadap ke
Baitulmaqdis, 2 rakaat terakhir menghadap ke Baitullah.
5. Masjid
Tujuh
Terletak disekitar
masjid Af-Fath. Disini terjadinya peperangan antara kaum Quraish dan
yahudi menentang umat islam. Peperangan ini dinamakan perang Khandaq.
Fall in love sangat dengan bandar Madinah. Kemas, terancang,
bersih. Penduduk yang ramah dari Mekah.
Berkahnya tempat Rasulullah :)
Day 13
Bertolak ke Kuala Lumpur
Madinah Airport. Lebih canggih dan selesa dari Jeddah Airport.
Dato Vida check in flight yang sama.business class la tapi
Spot KLCC!