Oct 29, 2019

TTC Journey - TTC Kit

objektif wujudnya kit ni sebab taknak letak barang-barang ni merata.hehe
sebab sebelum ni, buah zuriat tu kat dapur, pil separuh dalam laci,separuh dalam handbag.
so kita simpan la dalam satu tempat. sesuai dengan konsep 5S. 

here is inside my TTC kit :

- folic acid brand Appeton
actually tak kisah brand apa, as long as folic acid should be okay.
Folic acid Appeton ni beli in shopee, sebab pernah terbaca ada yang berjaya conceive lepas amalkan folic acid ni.

- clomid

- shatavari by Himalaya

- buah zuriat
semalam jugak akhirnya kami membelah buah zuriat yang dibeli semasa menunaikan umrah 3 tahun lepas. suami siap pakai golok nak belah cengkerang buah tu.immediately after that terus rebus.
esok paginya aku bahagikan 2 cawan,1 untuk ayiep, satu untuk aku.
rasa dia hmm..boleh telan, tapi aku tahan nafas sebab takut muntah balik.haha

- date pollen

- pregnancy test
pregnancy test masa positive 2017 dulu sebagai motivasi untuk tak putus asa dalam usaha mendapatkan zuriat. 
double line tu la buat husband tenung kegembiraan selama sebulan sebelum keguguran dulu.
aku harap dapat berikan dia berita gembira lagi selepas ni.

TTC journey - part 2 - My very first clomid

tinggi harapan agar bulan ni ada chance untuk get pregnant tapi akhirnya pada hari ke 33 menses datang jugak.
hence, meaning this time around dah kena start consume pil clomid.

tapi sebelum tu, tah kenapa kali ni kecewa sangat-sangat bila period datang.
Alhamdulillah suami sentiasa bagi moral support
petang kelmarin menangis sampai bengkak mata esoknya.
"sayang takde anak,tapi sayang ada orang kan?"
this words really touched my heart sebab suami aku bukan jenis yang romantik tapi mungkin dia kesian tengok aku menangis teresak-esak.
dia ingatkan aku supaya sentiasa tingkatkan amal ibadat dan bersyukur dari fikir benda yang tak dapat lagi.

aku tahu aku diuji
bukan tak redha, cuma diri ni tak kuat melawan bisikan syaitan
hati ni selalu mempersoalkan kenapa susah sgt nak conceive,
kenapa orang lain dapat zuriat effortlessly
kenapa semuanya orang perempuan yang kena lalui
so much negativity.
bila dah bertenang sikit cepat-cepat aku istighfar.

aku dah taknak lengah-lengah untuk dapatkan zuriat.
mesti sungguh-sungguh, dah mulakan so kena habiskan.

So first day period aku dah book urut dengan bidang kat kampung mertua,
kali kedua berurut dengan wak yang sama.
Alhamdulillah petang tu minta tolong makcik callkan,malam tu jugak dapat slot.

the next day lepas attend kenduri, kitorang singgah watson sebab nak beli Shatavari Himalaya.
i see good review dari blog-blog lain yang TTC jugak so why dont i try one?

harga RM 45 @ watson.

risau jugak kat watson takde takut out of stock.initially plan nak singgah IOI Putrajaya sebab ada butik Himalaya kat situ. tapi mengenangkan malas nak bersesak-sesak masuk mall, dah pulak long weekend Deepavali, so pegi watson area rumah je.alhamdulillah ada.

lepas tu kitorang terus ke klinik untuk beli ubat clomid.
masa nak bayar tu terkejut bila adik kat dipensary cakap harga RM100.
tak consult doctor pun, pil sahaja.
terkedu kejap tapi takpe lah. mungkin asbab clomid ni aku ada peluang conceive.

clomid : RM 100  (supply untuk 1 cycle @ 5 days)

so here comes the day, cycle day 2.
ingat ye kalau ambil clomid kena masa yang sama.
as per Doctor advised, clomid kena ambil dari cycle day 2 sampai day 6.
so aku decide untuk makan on 10.30malam.
setakat pagi ni kesan clomid personally yang aku alami is hot flush,sakit kepala and mengantuk.
bibir kering bila bangun pagi . lagipun bila kat rumah tak rajin nak minum air banyak.
so sampai je office pukul 9, refill botol air 1.2L, by 10.30pagi dah habis.
dahaga teruk.hehe


cycle day 12-13 nanti akan jumpa doc lagi untuk buat TVS , see how the telur ada improvement or not. haih berdebar-debar pulak.

total costing untuk kali ni :
RM 145




Oct 7, 2019

TTC Journey - part 1 - Appointment di Klinik Barakah,Bandar Puteri Klang

here we go..
setelah 3 tahun plus we got married, we decided to go on fertility check up.
atas saranan kawan ayiep tentang rawatan di Klinik Barakah, Bandar Puteri Klang, saya pun immediately book an appointment on last Sunday.
procedure sangat senang, pm je di Facebook Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah insyaAllah mesej anda akan direply.
kenapa Klinik Barakah?
selain atas sebab saranan seperti yang saya nyatakan tadi, saya nampak orang terdekat seperti kakak dan sepupu gave a good review of their service.kakak saya deliver 2 orang anak beliau disini dan she doesnt encounter any issue here despite of the nurses and doctor semua Perempuan.
insyaAllah saya pun menyimpan impian untuk bersalin disini jika ada rezeki.

OK, we set an appointment on Sunday. on weekend, klinik ni tutup pukul 1 tengahari ye. so dijadikan cerita we were the last patient there. priority on patient yg lebih severe. kami pun ok sebab takde rushing ke mana-mana. tunggu lebih kurang 1 jam.
doktor pakar,Dr Khairiah sangat-sangat bagus.
at first, dia akan tanya random question of menstrual kita,
pernah mengandung or not
kalau period ada sakit teruk ke
average cycle day and menstrual day
spouse smoking

as for me, disebabkan pernah miscarriage dulu, beliau assume everything is fine.
so suggested buat Trans Vagina scanning (TVS) kebetulan saya dah hari ke-12 since day 1 period, to see if the is any follicle formed. sebenarnya seriau bila doc nak masukkan device tu di kemaluan kita sebab masa miscarriage dulu doc did it dalam keadaan rushing dan tak selesa sebab ada doc lelaki. so i was a bit intense. tapi kali ni dengan dr. Khairiah, beliau sangat tenang so saya lebih relax.
throughout scanning tu, dia akan describe if kita ada fibroid or cyst, saya Alhamdulillah tak ada.sebab sekarang ramai wanita diagnosed dgn penyakit tu.
and then dia akan check both sides of ovary. Alhamdulillah, ada satu dominant ovum di sebelah kiri which is a good sign.

What size is considered a mature follicle?
In a natural (unstimulated cycle) or Clomiphene Citrate cycle, mature follicle size is between 18 - 30 mm. If triggered, these cycles are typically triggered when follicle size is between 17-26mm (dependent of the practice and IVF lab). In a gonadotropin cycle, mature follicle size is between 16 - 20 mm. -
www.fertilitytoday.org › frequent_questions

now the ovum size dah 12.5cm, so here's the math :

average 2cm/day = ovulation 9 october
average 1.5cm/day = ovulation 10 october
average 1.0/day = ovulation 11october

so average kitorang perlu bersama antara 9/10 hingga 12/10.

at the moment, doc suruh proceed with natural concieve dahulu. if tak berjaya, then only proceed with Clomid-sejenis ubat untuk memperbanyakkan bilangan dominant follicle(ovum),
the higher number of follicle, the higher chances to concieve.
eiceh macam hypothesis pulak kan.kuikui

if dominant follicle dah byk tapi masih tak concieve then only kite check on guy side pulak.
probably something to do with sperms mobility.

apa pun, kalau Allah kata bukan rezeki,maka bukan la rezeki kita.
yang penting kita usaha dan doa, kan?
kawan-kawan tolong doakan saya ye.

Total cost :
cosultation & TVS : RM 200