Oct 29, 2019

TTC journey - part 2 - My very first clomid

tinggi harapan agar bulan ni ada chance untuk get pregnant tapi akhirnya pada hari ke 33 menses datang jugak.
hence, meaning this time around dah kena start consume pil clomid.

tapi sebelum tu, tah kenapa kali ni kecewa sangat-sangat bila period datang.
Alhamdulillah suami sentiasa bagi moral support
petang kelmarin menangis sampai bengkak mata esoknya.
"sayang takde anak,tapi sayang ada orang kan?"
this words really touched my heart sebab suami aku bukan jenis yang romantik tapi mungkin dia kesian tengok aku menangis teresak-esak.
dia ingatkan aku supaya sentiasa tingkatkan amal ibadat dan bersyukur dari fikir benda yang tak dapat lagi.

aku tahu aku diuji
bukan tak redha, cuma diri ni tak kuat melawan bisikan syaitan
hati ni selalu mempersoalkan kenapa susah sgt nak conceive,
kenapa orang lain dapat zuriat effortlessly
kenapa semuanya orang perempuan yang kena lalui
so much negativity.
bila dah bertenang sikit cepat-cepat aku istighfar.

aku dah taknak lengah-lengah untuk dapatkan zuriat.
mesti sungguh-sungguh, dah mulakan so kena habiskan.

So first day period aku dah book urut dengan bidang kat kampung mertua,
kali kedua berurut dengan wak yang sama.
Alhamdulillah petang tu minta tolong makcik callkan,malam tu jugak dapat slot.

the next day lepas attend kenduri, kitorang singgah watson sebab nak beli Shatavari Himalaya.
i see good review dari blog-blog lain yang TTC jugak so why dont i try one?

harga RM 45 @ watson.

risau jugak kat watson takde takut out of stock.initially plan nak singgah IOI Putrajaya sebab ada butik Himalaya kat situ. tapi mengenangkan malas nak bersesak-sesak masuk mall, dah pulak long weekend Deepavali, so pegi watson area rumah je.alhamdulillah ada.

lepas tu kitorang terus ke klinik untuk beli ubat clomid.
masa nak bayar tu terkejut bila adik kat dipensary cakap harga RM100.
tak consult doctor pun, pil sahaja.
terkedu kejap tapi takpe lah. mungkin asbab clomid ni aku ada peluang conceive.

clomid : RM 100  (supply untuk 1 cycle @ 5 days)

so here comes the day, cycle day 2.
ingat ye kalau ambil clomid kena masa yang sama.
as per Doctor advised, clomid kena ambil dari cycle day 2 sampai day 6.
so aku decide untuk makan on 10.30malam.
setakat pagi ni kesan clomid personally yang aku alami is hot flush,sakit kepala and mengantuk.
bibir kering bila bangun pagi . lagipun bila kat rumah tak rajin nak minum air banyak.
so sampai je office pukul 9, refill botol air 1.2L, by 10.30pagi dah habis.
dahaga teruk.hehe


cycle day 12-13 nanti akan jumpa doc lagi untuk buat TVS , see how the telur ada improvement or not. haih berdebar-debar pulak.

total costing untuk kali ni :
RM 145




No comments: