Jul 10, 2024
Unfair
Sep 6, 2021
Slow / Lembab /Pending / Loading
aku tak tau lah. aku rasa semakin tua,aku semakin bodoh. lagi-lagi berkenaan kerja. lambat nak faham sesuatu and cuai.salah bagi dokumen,mesti ada amendment.oleh sebab ni.aku rasa down sangat.sebab tu gaji dan pangkat tak naik-naik. sampai satu tahap aku takut nak kerja kat tempat baru sebab nanti kena belajar ilmu baru.takut orang yg ajar aku tu fed up sebab aku slow.
masa sekolah aku perasan,aku sangat struggle belajar sesuatu.UPSR dgn PMR mmg aku skor.tapi bila SPM onwards..SPM,STPM,Universiti..aku rasa tahap otak aku ni mendadak turun.susah sangat nak faham dan ingat.benda yang aku belajar tu semua aku rasa sangat complicated lagi-lagi jurusan Sains tulen. terus terang aku tak minat sebab aku tau kemampuan aku ni la.tak pandai matematik. aku dah apply jurusan perdagangan kat sekolah teknik tapi family halang pergi. so end up aku rasa kehidupan aku sangat fail.result SPM teruk.bergantung kat subjek teras je yg OK.
sedih sangat lagi-lagi bila orang terdekat selalu cakap aku lembab. memang itu realitinya. nak taknak kena accept.
kat bawah ni antara yg dapat dilakukan untuk improve IQ. according to pembacaan blog-blog dibawah.
kalau korang ada masalah macam aku, share la dalam komen.at least aku tau aku tak keseorangan.
- exercise
- belajar bahasa baru (france/korea/arab)
- belajar main muzik (piano abah)
- makanan berkhasiat
- beli buku matematik dan buat latihan hari-hari
https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/lambat-loadingaku-ada-sesuatu-yg-nak-dikongsikan-bersama-aku-nak-mintak-pandanga/977842375631911/
https://www.nona.my/lemah-ingatan-susah-belajar-lambat-pick-4-hobi-ini-punca-otak-tumpul-no-2-tu-paling-bahaya/
https://iluminasi.com/bm/teknik-feynman-4-langkah-belajar-dengan-betul-supaya-anda-tak-akan-lupa-sesuatu-ilmu.html
https://majalah.isra.org.my/2016/01/tips-untuk-mudah-faham.html
Aug 30, 2021
Rooting for 'You'
hai baby..jika kamu berjaya singgah lebih lama dalam rahim ibu, insyAllah hari ni usia kamu dah 4 tahun.dah boleh ke sekolah.
tempat ibu kongsi suka duka ibu..
tapi..rezeki tak menyebelahi ibu,sayang...
dibawah ini ibu kongsi detik kegembiraan ibu.cukup untuk ibu jadikan kenangan.
buat yang membaca, doakan saya ye.
kadang saya rasa putus harapan..tapi Allah tu maha merancang.
Wallahu'alam.
dilema
Aug 26, 2021
Resipi Bubur Asyura MIL
Bubur Asyura lazimnya sinonim dengan peristiwa Awal Muharram.biasanya ianya dimasak pada 10 Muharram. dikatakan sejarah masakan bubur ini bagi memperingati Nabi Nuh yang makan biji-bijian yang terdapat didalam bahtera baginda.
sejauh mana kesahihannya..Wallahualam.
di Malaysia,ada pelbagai jenis bubur Asyura.jika di negeri pantai timur, bubur ini dimasak dalam bentuk pejal.masing-masing punyai keunikan sendiri.
anyway, juadah ini juga salah satu signature dish mak mentua saya. sangat sedap.
kebetulan pula mak saudara minta resipi. jadi kita simpan di blog untuk rujukan masa hadapan,
cuba lah!kalau jadi jangan segan share di ruang komen dibawah ya!
Aug 15, 2021
Sikap dan Habit
sambil scroll FB tersentak dengan satu status yang dimuat naik oleh ahli motivasi Syed Faisal Harmony.all this while memang follow kerana beliau banyak menasihati tentang hubungan suami isteri.
walaubagaimanapun, status FB beliau yang berbunyi seperti ini :
Duduk 'bersahaja' pun boleh jadi habit 2 bulan akan datang. habit 'pasif' yang bawa kepada 'rasa malas'. Be concious.Memori anda merekod eveything. even dalam bilik ai,dia 'ada'-lovesage-
memang selama ni rasa aku terlalu taking my own sweet time. entah la..when getting older, aku rasa dah takde enthuism nak buat apa pun.mungkin aku rasa aku dah takde peluang untuk spark the glitter inside so i keep in denying.hidup dalam comfort zone.takde kemajuan dalam diri.in fact, aku just follow the flow.
mendengarkan keratan ayat Syen Faisal ni, aku kena buat habit yang berfaedah. antaranya :
Kerohanian :
- bangun pagi sebelum subuh
- lazimi solat sunat
- amalkan solat sunat tahajjud
- mengaji setiap hari
- istighfar dan selawat whenever possible
- nak read books
- exercise or YOGA everyday
- appreciate tubuh badan
Apr 5, 2021
Sambal Ikan Bilis Garing Ghasoo 140g ( Original / 3x Pedas )
Berat : 140g
Pedas biasa : RM 15.50
Pedas 3x giler : RM 20
.
Ramai dah try, ada yg REPEAT lagi, satu bekas tak cukup tau.
Dia punya sedap sampai ada yang buat jadi kudap-kudap walaupon sambal.
“KRUP KRAP KRUP KRAP”
✔ Rangup bilis tawau gred AAA
✔ Rempah sesedap rasa
✔ Masin sesedap rasa
✔ Sangat super sedap
✔ Sesuai untuk dibawa travel
✔ Tiada gula
✔ Kurang berminyak
Pembelian melalui shopee :
https://shopee.com.my/product/64492956/8021153710/
#sambalbilis #ghasoo
Mar 31, 2021
Metformin + 3rd IUI Attempt
lepas 2x failed IUI berturut-turut, this time around aku tak jaga sangat pemakanan sebab tak ready.actually, lepas IUI kedua HTAR tak receive any fertility treatment sebab kes covid melanda hospital di hospital tu.so dalam 2 bulan juga la aku tak on treatment. druing tak treatment tu rasa lapang sangat kepala,meaning tak stress langsung sbb tak makan ubat hormon,makan sesuka hati.hahaa
tiba watku appointment, kali ni instead of doc bagi clomid, beliau prescribe injection Humog.
3x injection.purposenya sama mcm clomid - untuk besarkan telur.
macam biasa,TVS hari ke-10, doc cakap telur tak cukup besar untuk proceed IUI.
sis is sedih sekejap. sementara tu sempat juga berbual dengan doktor pakar, apa yang boleh diimprove untul capai successful IUI.
doctor sendiri admit percentage IUI seccess sangat low so belau tak berani nak janji apa-apa and dia review balik report aku.apa yang dia advise is to imprive sperm quality, so suggest 1 supplement for sperm 'Profortil'.boleh beli kat farmasi or shopee. tapi harganya boleh tahan. plaing murah RM300/30 caplsules kalau tak silap.
kesimpulannya,appointment kali ni
-
-
IUI abandon
-
-
masuk kereta terus nangis.
and buat pertama kalinya doc prescribe metformin which is yang selama ni aku nak elakkan.sempat lagi tanya kat doktor,my sugar level ok,kenapa doc prescribe metformin?
buat pengetahuan semua,metformin bukan fokus untuk diabetic je, ubat ni juga membantu untuk PCOS.actually PCOS ni dalam term pasarnya,diabetic kepada ovari.dia membantu untuk tingkatkan sensitiviti insulin dan secara tak langsungknya seimbangkan hormon.
sekian kisah sedih kali ni.
kita cuba lagi lain kali.
Nov 11, 2020
Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS)
the day i was diagnosed with PCOS, i was so clueless...
periodku regular. cuma since tahun lepas aku perasan jerawat naik mencanak.sepanjang hidup ni tak pernah muka ni sensitif,apa lagi jerawat.pakai la skincare apa pun kulit muka ni memang tahan lasak.
stress sangat dengan jerawat ni..jerawat makin banyak,parut tak hilang-hilang.jerawat pulak bukan jenis kecik-kecik.semuanya jerawat batu.sumpah sakit.
jadi bermula lah kajian mengenai PCOS ni sikit demi sikit..
to be honest, nak counter PCOS ni sangat la exhausting..seriously...
apa itu PCOS?
ketidakseimbangan hormon dalam badan..ia adalah sindrom,bukan penyakit.boleh diubati dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
boleh jadi period kau regular tiap bulan,TAPI kecenderungan telur/ovum kau matang untuk persenyawaan ada lah rendah( ini kes aku sendiri). telur ada tapi kuantiti sikit dan diameter kecil.
Simptom PCOS
- irregular period
- jerawat
- susah turun berat badan
- mood swings
- excessive hair growth especially di dagu
- rambut gugur
- skin tag (macam biji kolestrol dekat mata tu)
- inositol
- fish oil
- vit D E C
Jun 4, 2020
Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan
kebetulan satu hari tu off day, makanya,pagi-pagi ni seawal 8 pagi saya dah terpacak di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah tak ramai orang. process went smoothly.
1. Permohonan Temujanji di Hospital Besar
sejurus jumpa doktor, korang akan ditanya soalan tentang sejarah kesihatan kita sedikit sebanyak,contohnya :
- personal details (kerja / umur )
- berapa tahun dah kahwin?
- menstrual cycle regular or tak
- pernah gugur sebelum ni atau tak
- kekerapan bersama suami
- nak refer hospital mana
- suami perokok atau tak
- history penyakit family (parents ada sakit apa)
lepas tu doktor akan bagi surat untuk pass ke hospital. so straight away bawa surat tu ke department O&G di klinik pesakit luar untuk dapatkan tarikh appointment dengan doktor,tapi bear in mind,date tak dapat on the dot tau. within seminggu baru hospital akan call untuk bagitahu tarikh appointment.dalam kes ni saya pass di Hospital Tunku Ampuan Rahimah.
caj rawatan setakat ni RM 1 je.
2. Temujanji Pertama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang 3/7/2020
Kos Pendaftaran - RM 5
5. HSG @ Hospital Shah Alam 14/9/2020
- minum susu kambing fresh setiap pagi -RM6 sebotol ; untuk rahim dalam keadaan suam
- beli Zinc Surbex - tingkatkan kualiti sperma
- Vitamin E
- fish oil
- Shatavari - balancekan hormon
- buah kiwi 2 biji sehari - vitamin C
- tak makan nasi, reduce carbs & sugar
- yoga & work out
- 3 dominant eggs ( 23mm, 18mm, 15mm)
- uterus wall menebal 6cm
next upt test - 25/11/2020
May 4, 2020
My Side Income
makanan kesihatan/kosmetik
- masa ni kan lambakan makanan kesihatan/kolagen eg : Aurawhite/Skinwhite blabla tu.
aku pun tak terlepas peluang untuk jadi dropship. boleh tahan juga order. tapi masa tu kan muda lagi,so soft skill pun tak hebat. nak respond soalan customer pun tak confident.tak silap setahun juga berniaga through ig. dah tak ingat apa nama ig.
GM Klang personal shopper
terdetik buat bisnes ni sebab dulu intern kat area GM Klang. alang-alang masa tu bujang lagi,weekend masih ada masa nak ke GM.bisnes ni pun through IG. paling hot ramai orang order was manik bracelet,manik baju.ingat lagi ada seorang customer ni order from UK sebab dia ada bisnes baju-baju kat Malaysia.
being a personal shopper ni kita kena firm. make sure kita list out jenis barang,harga,fix kan service charge.dont make customer take us for granted.ada sesetengah customer purposely suruh survey barang. sorry ya,GM tu besar,i nak carry the stuffs lagi.unless u pay me to survey then i wont mind. time is gold,time is money.
alkisahnya,moving forward aku dah tak boleh commit sebab kekangan masa.lagi-lagi bila dah berkahwin.weekend have to be at home.nak rehat.if not throughout the weekdays kerja hakiki.
tapi for me,bisnes ni memang boleh tahan keuntungannya.apa-apa pun,rajin dengan malas je kan?
if anyone yang nak jadi PS GM Klang ni,korang boleh target kat barang-barang di bawah :
- Manik baju
- manik/beads gelang
- brooch
- cadar
- handphone accesories
Jual kosmetik murah kat classmate
this one beli dari GM Klang jugak. beli sedozen liptint and jual dalam kelas.
yang tolong promote pun kawan-kawan jugak.haha.ada la terjual jugak.
dapat untung rm5/pc pun ok la kan?buat belanja makan kat U dulu.
FAME cosmetics
2017,this is the beginning i got serious in business. that time FAME tengah naik,masa scroll ig dulu asyik naik je post FAME,then happened to follow kak Lina Azmi (FAME agent). so since then, trus decided nak jadi dropship under dia.sangat baik.tak segan silu curahkan ilmu. bila dah ada customer,ada isu stock tak cukup kat tangan Kak Lina,it was a bit frustrating jugak sebab tak boleh fulfilled permintaan customer kan,so aku pun cari agen berdekatan and jumpa Kak Letchumy. masa tu tak tau lagi sistem agen,stokis apa semua ni.jadinya sign up dropship jugak under dia.dengan Kak Letch stock banyak,and boleh singgah rumah collect stok lepas balik kerja. Kak Lina duduk Nilai,so she has to wait the stock post by Kak Letch.
OK then bila sales dah naik,automatik registered as agen sebab purchased exceed RM500. bila kak letch masukkan dalam group agen, baru tahu Kak Lina pun agen under dia.hahaa keciknya dunia.
through bisnes ni jugak pernah attend sesi coaching,make up class,pegi event,launching raya edition.gigih amek half day lari ke wangsa maju.plus,pernah jadi among top sale,dapatlah hadiah RM500 and Guess wallet.
well semua tu jadi kenangan bila founder dah rasa selesa.sedih jugak mengenangkan founder tak appreciate agent masa nak build the brand.mati-mati kita promote without failed daily, bila dorang dah diatas,agen dilupakan.dorang dah ada physical store in few malls.banyak kontroversi.
gambar-gambar ni masa event top agent appreciation :
lepas kejatuhan FAME,aku cuba fokus product Trulooks/NRC/Mungil Lips/Sobella.
tapi semua tu failed.
first,its because dah ramai agen power dari brand-brand ni
secondly,modal agak kasar
up until now aku masih cuba clearkan stok yang masih ada di tangan.jual pun dengan harga kos je janji ada yang terjual.
lama-lama rasa tak kena dengan jiwa make up ni sebab aku bukan make up junkie sangat plus muka pun tak berapa nak helok. make up la camne pun tetap tak lawa.hahaa
sekarang masih dalam group Fabulous,tunggu masa nak leave the group dengan berat hati.
haih.sayang group ni sebenarnya but i need to focus.
Shopee
janji Jemaah
nasihat saya,jual je apa yang ada.confirm ada yang beli. yang penting jangan putus marketing.
bak kata DAO, marketing is buat orang nampak.
Apr 28, 2020
Masa itu Emas
getting older,baru rasa masa sentiasa tak cukup, ianya berjalan terlalu pantas.
don't know if it's just me,or everybody else pun macam ni.
or..memang aku yang tak reti susun masa.tak organize.
especially during PKP ni, kerja like 24jam.
sometimes aku rasa..
is it worth aku nak berjaga siang malam semata-mata nak puaskan hati orang lain?
is it worth it with the amount i got paid?
can i just ignore superior marah sebab kerja tak settle?
all they know is kita kena meet their expectation.
kita memang tak boleh buat orang lain faham kita,kita sendiri je yang kena reverse physchology,
fikir vice versa.
Bila sekali kita buat salah,10 orang melompat.
bila kita buat yang betul,takde siapa pun appreciate.
well, that's how life is, right?
just keep in mind,hidup ni untuk dapat redha Allah,bukan manusia.
bila kita ingat ni, insyaAllah kita tak kisah apa orang lain kata.
tapi..cakap memang senang,bila kena batang hidung sendiri mau melenting jugak. he he
after all, kita yang kena faham/ be in her/his shoes.
so no use kita explain panjang lebar reason kita tak boleh meet their expectation
i hold to this principal throughout my 20's (dah nak masuk 30 ni,haha)
dulu masa BBNU selalu expect orang lain untuk faham kita. asyik nak nangis je.lol
kenapa la rebel sangat dulu,kan?
bila fikir balik..ni tanggungjawab aku..
Allah mesti marah aku terlalu kejarkan dunia.kadang solat pun tak khusyuk memikirkan kerja.
lagi-lagi bulan Ramadhan ni. last year boleh lagi pergi Terawih dengan tenang ke masjid.
sekarang jemaah terawih kat rumah je pun dok kalut dalam hati nak cepat habis sbb nak setelkan kerja.
sumpah penat..
trying to keep myself positive but could not..
so demotivated to work.
ok lah,done mengeluh
Apr 10, 2020
Ladang Pahala - Ibu
in the end of conversation,both of us dua-dua bertakung air mata.
i decided to video call ibu from now on..tengok muka mak ayah dapat pahala tau, walaupun tak jumpa personally,tengok dalam fon pun jadi. kita tak tau siapa antara kita yang pergi dulu, mungkin aku sendiri. so please, appreciate each and everyone around you especially family you sendiri.jangan malu nak ungkapkan kata-kata sayang.buang la ego tu ok.
same goes for the spouse.hari-hari sebelum pergi kerja, cium, peluk la dengan rasa cinta.because you never know, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita dengan cara apa pun .
masa muda maybe kita tak put attention to stuffs like this. but for me, throughout my 20's i have learnt a lot. mungkin pengaruh dari kelas Dr Azizan Osman jgk, it changed me 360 degree.
dulu aku sgt rebel, emotional and oversensitive towards small things. now i think im able to manage my own emotion.just plant the seed in mind that apa yang ada ni,semua Allah punya, even corona virus yang tak nampak dengan mata kasar tapi mampu membunuh orang dengan sekelip mata tu pun Allah yang punya tau.
i miss ibu..hopefully this corona things recover as soon as possible.sejak kahwin rasa makin jauh dengan ibu.kesian ibu. tapi ibu sentiasa dalam doa adik. adik pohon Allah jagakan dan tengokkan ibu, semoga ibu diurniakan kesihatan yang baik berpanjangan.
syukur..adik masih ada ibu :)
Jan 12, 2020
TTC Journey part 3 - Phang Oo Lang
so we made it there. senang sangat nak cari.waze je. kedai terletak di Kepala Batas,Penang.
tak ramai patient pun.risau jugak kena appointment tapi Alhamdulillah walk in je.
the procedure is korang akan diminta untuk collect urine before jumpa senseh.
then bila dipanggil masuk senseh akan suluh kuku sambil check blood pressure.
then dia akan review if badan korang banyak angin ke, kurang minum air ke.
tak lama pun. took about 10 minutes je.then assistant akan prepare ubat.
ubat ni untuk sebulan consumption.
total : RM 420 (ubat + consultation)
Jan 11, 2020
Honeymoon Pulau Langkawi 2016
Oct 29, 2019
TTC Journey - TTC Kit
sebab sebelum ni, buah zuriat tu kat dapur, pil separuh dalam laci,separuh dalam handbag.
so kita simpan la dalam satu tempat. sesuai dengan konsep 5S.
here is inside my TTC kit :
- folic acid brand Appeton
actually tak kisah brand apa, as long as folic acid should be okay.
Folic acid Appeton ni beli in shopee, sebab pernah terbaca ada yang berjaya conceive lepas amalkan folic acid ni.
- clomid
- shatavari by Himalaya
- buah zuriat
semalam jugak akhirnya kami membelah buah zuriat yang dibeli semasa menunaikan umrah 3 tahun lepas. suami siap pakai golok nak belah cengkerang buah tu.immediately after that terus rebus.
esok paginya aku bahagikan 2 cawan,1 untuk ayiep, satu untuk aku.
rasa dia hmm..boleh telan, tapi aku tahan nafas sebab takut muntah balik.haha
- date pollen
- pregnancy test
pregnancy test masa positive 2017 dulu sebagai motivasi untuk tak putus asa dalam usaha mendapatkan zuriat.
double line tu la buat husband tenung kegembiraan selama sebulan sebelum keguguran dulu.
aku harap dapat berikan dia berita gembira lagi selepas ni.
TTC journey - part 2 - My very first clomid
hence, meaning this time around dah kena start consume pil clomid.
tapi sebelum tu, tah kenapa kali ni kecewa sangat-sangat bila period datang.
Alhamdulillah suami sentiasa bagi moral support
petang kelmarin menangis sampai bengkak mata esoknya.
"sayang takde anak,tapi sayang ada orang kan?"
this words really touched my heart sebab suami aku bukan jenis yang romantik tapi mungkin dia kesian tengok aku menangis teresak-esak.
dia ingatkan aku supaya sentiasa tingkatkan amal ibadat dan bersyukur dari fikir benda yang tak dapat lagi.
aku tahu aku diuji
bukan tak redha, cuma diri ni tak kuat melawan bisikan syaitan
hati ni selalu mempersoalkan kenapa susah sgt nak conceive,
kenapa orang lain dapat zuriat effortlessly
kenapa semuanya orang perempuan yang kena lalui
so much negativity.
bila dah bertenang sikit cepat-cepat aku istighfar.
aku dah taknak lengah-lengah untuk dapatkan zuriat.
mesti sungguh-sungguh, dah mulakan so kena habiskan.
So first day period aku dah book urut dengan bidang kat kampung mertua,
kali kedua berurut dengan wak yang sama.
Alhamdulillah petang tu minta tolong makcik callkan,malam tu jugak dapat slot.
the next day lepas attend kenduri, kitorang singgah watson sebab nak beli Shatavari Himalaya.
i see good review dari blog-blog lain yang TTC jugak so why dont i try one?
harga RM 45 @ watson.
risau jugak kat watson takde takut out of stock.initially plan nak singgah IOI Putrajaya sebab ada butik Himalaya kat situ. tapi mengenangkan malas nak bersesak-sesak masuk mall, dah pulak long weekend Deepavali, so pegi watson area rumah je.alhamdulillah ada.
lepas tu kitorang terus ke klinik untuk beli ubat clomid.
masa nak bayar tu terkejut bila adik kat dipensary cakap harga RM100.
tak consult doctor pun, pil sahaja.
terkedu kejap tapi takpe lah. mungkin asbab clomid ni aku ada peluang conceive.
clomid : RM 100 (supply untuk 1 cycle @ 5 days)
so here comes the day, cycle day 2.
ingat ye kalau ambil clomid kena masa yang sama.
as per Doctor advised, clomid kena ambil dari cycle day 2 sampai day 6.
so aku decide untuk makan on 10.30malam.
setakat pagi ni kesan clomid personally yang aku alami is hot flush,sakit kepala and mengantuk.
bibir kering bila bangun pagi . lagipun bila kat rumah tak rajin nak minum air banyak.
so sampai je office pukul 9, refill botol air 1.2L, by 10.30pagi dah habis.
dahaga teruk.hehe
cycle day 12-13 nanti akan jumpa doc lagi untuk buat TVS , see how the telur ada improvement or not. haih berdebar-debar pulak.
total costing untuk kali ni :
RM 145
Oct 7, 2019
TTC Journey - part 1 - Appointment di Klinik Barakah,Bandar Puteri Klang
setelah 3 tahun plus we got married, we decided to go on fertility check up.
atas saranan kawan ayiep tentang rawatan di Klinik Barakah, Bandar Puteri Klang, saya pun immediately book an appointment on last Sunday.
procedure sangat senang, pm je di Facebook Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah insyaAllah mesej anda akan direply.
kenapa Klinik Barakah?
selain atas sebab saranan seperti yang saya nyatakan tadi, saya nampak orang terdekat seperti kakak dan sepupu gave a good review of their service.kakak saya deliver 2 orang anak beliau disini dan she doesnt encounter any issue here despite of the nurses and doctor semua Perempuan.
insyaAllah saya pun menyimpan impian untuk bersalin disini jika ada rezeki.
OK, we set an appointment on Sunday. on weekend, klinik ni tutup pukul 1 tengahari ye. so dijadikan cerita we were the last patient there. priority on patient yg lebih severe. kami pun ok sebab takde rushing ke mana-mana. tunggu lebih kurang 1 jam.
doktor pakar,Dr Khairiah sangat-sangat bagus.
at first, dia akan tanya random question of menstrual kita,
pernah mengandung or not
kalau period ada sakit teruk ke
average cycle day and menstrual day
spouse smoking
as for me, disebabkan pernah miscarriage dulu, beliau assume everything is fine.
so suggested buat Trans Vagina scanning (TVS) kebetulan saya dah hari ke-12 since day 1 period, to see if the is any follicle formed. sebenarnya seriau bila doc nak masukkan device tu di kemaluan kita sebab masa miscarriage dulu doc did it dalam keadaan rushing dan tak selesa sebab ada doc lelaki. so i was a bit intense. tapi kali ni dengan dr. Khairiah, beliau sangat tenang so saya lebih relax.
throughout scanning tu, dia akan describe if kita ada fibroid or cyst, saya Alhamdulillah tak ada.sebab sekarang ramai wanita diagnosed dgn penyakit tu.
and then dia akan check both sides of ovary. Alhamdulillah, ada satu dominant ovum di sebelah kiri which is a good sign.
www.fertilitytoday.org › frequent_questions
now the ovum size dah 12.5cm, so here's the math :
average 2cm/day = ovulation 9 october
average 1.5cm/day = ovulation 10 october
average 1.0/day = ovulation 11october
so average kitorang perlu bersama antara 9/10 hingga 12/10.
at the moment, doc suruh proceed with natural concieve dahulu. if tak berjaya, then only proceed with Clomid-sejenis ubat untuk memperbanyakkan bilangan dominant follicle(ovum),
the higher number of follicle, the higher chances to concieve.
eiceh macam hypothesis pulak kan.kuikui
if dominant follicle dah byk tapi masih tak concieve then only kite check on guy side pulak.
probably something to do with sperms mobility.
apa pun, kalau Allah kata bukan rezeki,maka bukan la rezeki kita.
yang penting kita usaha dan doa, kan?
kawan-kawan tolong doakan saya ye.
Total cost :
cosultation & TVS : RM 200
Sep 19, 2019
Umrah 14 hari 12 malam 2017
|
|













