Jul 15, 2019

ITINERARY 5 HARI 4 MALAM KRABI 30/4 – 1/5/2019



ITINERARY 5 HARI 4 MALAM KRABI 27/4 – 1/5/2019




Chicken Island

Initially trip ni nak meraikan birthday boy. Kite proposed Bali, tapi dia risau bencana alam. So proceed Krabi je. Why Krabi? Sounds cliche kan kat org Malaysia ; honeymoon je pegi Krabi.
Maybe sebab dekat. Lagipun sebelum ni dah pernah ke Hatyai so familiar sikit dgn Thailand.

kenapa 5 hari 4 malam ? sebab kitorang nak enjoy masa berdua dan nak berehat. taknak travel tapi rushing kejar masa. so program agak santai sambil explore tempat orang 😎
takde official itinerary. kitorang main redah je.tapi before tu ada la study sikit-sikit must 


1.     Money Changer KLIA 2
·         Tukar duit kat money changer Maybank Gate 1
·         MYR 1004.40 = TB 7200
       MYR 1 = TB

2.     Flight ticket AA return
 RM 229 / pax

27/4/2019 - 1 jam 30 minit 
AK 860 
ETD KLIA 2 (KUL)  : 4.15pm
ETA Krabi (KBV)      : 4.40pm

1/5/2019 
AK 863
ETA Krabi (KBV)      : 11am
ETD KLIA 2 (KUL)  : 1.40pm
 
 
*Thailand lambat 1 jam ye.


Day 1 :
 

3.     Airport transfer by bus
·         150baht / pax to Ao Nang
·         Total 600baht/2pax return
·         If korang ada extra budget boleh book taxi. Hotel kitorang provide private airport transfer 600baht/ trip.





4.     Accommodation
Andaman Breeze Resort 4 malam
TB 3711.70 (27-30/4) extend 1 malam 
 
·         Book through Agoda. saya pilih pay at hotel rather advance transfer. Mahal sikit tapi puas hati sebab nak tengok dulu hotel ok ke tak.
Hotel kat Thailand ni kalau kos RM150 korang boleh dapat bilik besar macam bilik RM 250 kat Malaysia.
·         No breakfast included. Hotel ni sediakan makanan Halal. So korang tak payah risau nak cari breakfast kat luar.

malam pula kami pusing-pusing cari pakej ke Emerald Pool & Hot Spring


Day 2

Seperti yang dijanjikan, kita tunggu je kat hotel untuk van pick up jam 8.30 pagi. Van Alhamdulillah selesa. Can fit up to 10pax.


Hot Spring
First destination is Hot Spring. Tempatnya jauh dalam sejam jugak dari Ao Nang ke area Hot Spring and Emerald Pool. Sempat la tidur dalam van tu sbb nak sembang pon cik avang duduk seat sebelah driver.
Sesampai di hot spring tourist guide akan brief sikit tentang tempat ni. Kitorang diberi masa 40minit kat sini. Kena menapak sikit ke kawasan kolam air panas ni. Basically kolam tu dah disimenkan. To be honest kolam air panas sungkai lagi best.hahaa..sini geli kot orang ramai-ramai berkubang. Permandangan pun tak cantik.disebabkan tak sempat breakfast, ai ols pun pegi breakfast nasi padkrapow kat entrance daripada berkubang.



Emerald Pool
Next destination is Emerald pool. Depan sikit dari Hot spring. So kena naik van dalam 15minit ke sana. Kat sini mmg best. air clear sangat-sangat. Kalau setakat nak berkubang boleh mandi kat entrance je. Local people yg banyak mandi kat depan. Tourist ramai nak pegi ke Emerald and Blue Pool which ko kena menapak lagi.jauh oi. Kurus aku gini.hahah tapi worth it menapak sejauh tu bila tengok pemandangan cantik. Korang akan jumpa Emerald Pool dulu sebelum Blue Pool.
Blue Pool tak boleh mandi tau.Emerald pool je boleh. Tu pun penuh jugak and kitorang tak mandi.jalan-jalan je. Tu pun habis masa berjalan je. Kalau mandi pon dpt 5 minit je agaknye.


Balik masing-masing dah melepek kepenatan. Lewat petang kitorang keluar sewa motor and malam pegi ke pekan Krabi.on weekend pekan Krabi ada pasar malam.dah tu kitorang merempit la hujan-hujan dari Ao Nang ke pekan Krabi. Lapor. Sesat pulak tu .hahaa..sampai-sampai tengok dah nak tutup. Sempat jugak seround tapi macam takde apa yang menarik. .Ade la 10minit kat situ pastu patah la balik ke Ao Nang.
Disebabkan lapor and takde idea nak makan kat mana, kitorang tertarik dengan satu kedai ni, kedai Bangboo@Bamboo. Ala, yang konsepnya buluh gitteww.
Makanan so-so.again,macam kedai awe.saya bagi 3 bintang
Lepas makan survey tempat untuk island hopping esoknya.

lokasi : depan Masjid AoNang



 Bike Rental
kedai ni boleh kecek klate. toksey bimbey nok speaking deh


Day 3

Island hopping( 4 islands)

chicken Island



hmm masa ni nampak 2 ekor kunyit sedang bermadu asmara 

Poda Island














Day 4 

Free & easy. hari ni lepak-lepak je rehat.so kita pusing-pusing pekan Ao Nang cari makan


Day 5

Jum Balik!daaa




No comments: