Jul 15, 2019

Langkah Pencegahan dan Cara Merawat Kencing Kotor @ UTI

UTI (Urinary Tract Infection)

mula-mula kena dulu risau sangat-sangat. pedih masa buang air kecil tu Allah je yang tau. tak boleh tidur, tidur pakai towel je sebab setiap 3 minit nak terkucil. tapi bila membuang ada la setitik.
moving forward aku dah boleh anticipate bila infected dengan penyakit ni.
once dah kena, personally ni simptom-simptom yang aku alami :
  • rasa pedih di kemaluan
  • sakit kepala
  • sakit belakang badan - sengal dan lenguh -lenguh
  • letih
  • tak selesa di bahagian perut - kembung
  • air kencing keruh dan berbau busuk
  • worst case scenario : rasa bengkak di bahagian kanan belakang

 so apa yang aku buat untuk make sure tak jadi lebih severe :
Contoh effervescent yang aku simpan
  • MINUM AIR MASAK sebanyak mana boleh. lantak la kalau nak pegi terkucil je janji aku tak pegi jamban 3 minit sekali
  • efferversent sachet - ni aku memang ada standby kat opis and rumah
  • cranberry juice - boleh beli kat Guardian or Watson
  • air kelapa
  • air barli
 over time aku dah boleh identify punca- punca kencing kotor ni. again ni based on personal experience ye
  • shishi (buang air) tak lap bersih dan kering
  • kurang minum air masak
  • makan seafood (high in uric acid) - ni sebab aku makan lobster kat genting hari tu. lepas makan tak balas dengan air masak banyak. masa ni memang takut sebab strip tu indicate
  • lepas intercourse tak shishi
if you consult doctor, dorang akan prescribe korang effeversent granules.lebih kurang mcm ENO rasa dia.the purpose is to meng'alkali'kan urine korang yang acidic tu.so far aku pakai brand Abbot.boleh beli kat any farmasi.selain tu,doc akan prescribe sekali antibiotic untuk korang habiskan.normally untuk tempoh masa seminggu.insyaAllah once you dah complete course korang akan sembuh.
tapi syaratnye,MINUM BANYAK AIR MASAK YE kawan-kawan.

for me, any penyakit pun disebabkan badan kita dehydrated , minum air tak cukup. aku percaya minum air masak ni sangat lah bagus untuk flush away toxins yang ada dalam badan kita.
demam/batuk pun penting sangat minum air masak ni.

after all,generally aku boleh conclude kencing kotor ni sebab tak jaga hygiene.kadang kite rasa dah jaga hygiene betul-betul tapi kalau nak kena tak boleh cakap apa la kan.
apa pun Allah yang menyembuhkan. kita cuma boleh ikhtiar je.

No comments: