Jul 31, 2019
RESIPI IKAN SIAKAP STIM ALA KEDAI SIAM
last week cik abang memancing di Pulau Ketam. hasilnya ada la seekor siakap, seekor tetanda and ikan bawal.so beliau request siakap masak stim lemon.
at first macam tak konfiden jugak sebab sebelum ni ada beberapa kali masak stim tapi tak berapa nak jadi. so kali ni saya dah olah sikit resipi yang menyenangkan kerja memasak ni.hehe
dulu masa muda-muda,tak reti sangat masak.kite ingatkan masak stim ni kena kukus. so proses memasak tu rumit sikit la,kena guna periuk kukus la, wrap dengan alumunium foil la. tapi actually masak stim ni senang gila.masukkan je semua bahan sekali and tunggu sampai ikan masak. tak lama mana pun. insyaAllah confirm jadi.
so apa lagi, jum kite try buat :)
Resipi Ikan Siakap Stim Limau ala Kedai Siam
Bahan-Bahan :
Bahan A
1 ekor ikan Siakap sederhana besar
1 biji jus lemon - diperah (jangan masukkan buah nanti kuah pahit - untuk hiasan sahaja)
1 kiub ayam
1sk garam
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
Bahan B
2 cawan air
1 inci halia - cincang halus
1/2 bawang holland - hiris
3 biji bawang merah - hiris
2 batang serai - diketuk
3 cili padi
Bahan C
1 sk gula
3 sk sos ikan
daun ketumbar
cili merah (hiris)
Cara memasak :
1. lumur ikan siakap dengan bahan A
2. panaskan kuali dengan api sederhana,masukkan bahan A
3. kemudian masukkan bahan B, tutup kuali selama 10-15minit
4. masukkan bahan C (pastikan rasa masam,manis dan masing seimbang)
5. tutup api dan hiaskan dengan hirisan lemon,cili merah dan ketumbar.
taraaa..dah siap!
selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
|
No comments:
Post a Comment