Oct 29, 2019

TTC Journey - TTC Kit

objektif wujudnya kit ni sebab taknak letak barang-barang ni merata.hehe
sebab sebelum ni, buah zuriat tu kat dapur, pil separuh dalam laci,separuh dalam handbag.
so kita simpan la dalam satu tempat. sesuai dengan konsep 5S. 

here is inside my TTC kit :

- folic acid brand Appeton
actually tak kisah brand apa, as long as folic acid should be okay.
Folic acid Appeton ni beli in shopee, sebab pernah terbaca ada yang berjaya conceive lepas amalkan folic acid ni.

- clomid

- shatavari by Himalaya

- buah zuriat
semalam jugak akhirnya kami membelah buah zuriat yang dibeli semasa menunaikan umrah 3 tahun lepas. suami siap pakai golok nak belah cengkerang buah tu.immediately after that terus rebus.
esok paginya aku bahagikan 2 cawan,1 untuk ayiep, satu untuk aku.
rasa dia hmm..boleh telan, tapi aku tahan nafas sebab takut muntah balik.haha

- date pollen

- pregnancy test
pregnancy test masa positive 2017 dulu sebagai motivasi untuk tak putus asa dalam usaha mendapatkan zuriat. 
double line tu la buat husband tenung kegembiraan selama sebulan sebelum keguguran dulu.
aku harap dapat berikan dia berita gembira lagi selepas ni.

TTC journey - part 2 - My very first clomid

tinggi harapan agar bulan ni ada chance untuk get pregnant tapi akhirnya pada hari ke 33 menses datang jugak.
hence, meaning this time around dah kena start consume pil clomid.

tapi sebelum tu, tah kenapa kali ni kecewa sangat-sangat bila period datang.
Alhamdulillah suami sentiasa bagi moral support
petang kelmarin menangis sampai bengkak mata esoknya.
"sayang takde anak,tapi sayang ada orang kan?"
this words really touched my heart sebab suami aku bukan jenis yang romantik tapi mungkin dia kesian tengok aku menangis teresak-esak.
dia ingatkan aku supaya sentiasa tingkatkan amal ibadat dan bersyukur dari fikir benda yang tak dapat lagi.

aku tahu aku diuji
bukan tak redha, cuma diri ni tak kuat melawan bisikan syaitan
hati ni selalu mempersoalkan kenapa susah sgt nak conceive,
kenapa orang lain dapat zuriat effortlessly
kenapa semuanya orang perempuan yang kena lalui
so much negativity.
bila dah bertenang sikit cepat-cepat aku istighfar.

aku dah taknak lengah-lengah untuk dapatkan zuriat.
mesti sungguh-sungguh, dah mulakan so kena habiskan.

So first day period aku dah book urut dengan bidang kat kampung mertua,
kali kedua berurut dengan wak yang sama.
Alhamdulillah petang tu minta tolong makcik callkan,malam tu jugak dapat slot.

the next day lepas attend kenduri, kitorang singgah watson sebab nak beli Shatavari Himalaya.
i see good review dari blog-blog lain yang TTC jugak so why dont i try one?

harga RM 45 @ watson.

risau jugak kat watson takde takut out of stock.initially plan nak singgah IOI Putrajaya sebab ada butik Himalaya kat situ. tapi mengenangkan malas nak bersesak-sesak masuk mall, dah pulak long weekend Deepavali, so pegi watson area rumah je.alhamdulillah ada.

lepas tu kitorang terus ke klinik untuk beli ubat clomid.
masa nak bayar tu terkejut bila adik kat dipensary cakap harga RM100.
tak consult doctor pun, pil sahaja.
terkedu kejap tapi takpe lah. mungkin asbab clomid ni aku ada peluang conceive.

clomid : RM 100  (supply untuk 1 cycle @ 5 days)

so here comes the day, cycle day 2.
ingat ye kalau ambil clomid kena masa yang sama.
as per Doctor advised, clomid kena ambil dari cycle day 2 sampai day 6.
so aku decide untuk makan on 10.30malam.
setakat pagi ni kesan clomid personally yang aku alami is hot flush,sakit kepala and mengantuk.
bibir kering bila bangun pagi . lagipun bila kat rumah tak rajin nak minum air banyak.
so sampai je office pukul 9, refill botol air 1.2L, by 10.30pagi dah habis.
dahaga teruk.hehe


cycle day 12-13 nanti akan jumpa doc lagi untuk buat TVS , see how the telur ada improvement or not. haih berdebar-debar pulak.

total costing untuk kali ni :
RM 145




Oct 7, 2019

TTC Journey - part 1 - Appointment di Klinik Barakah,Bandar Puteri Klang

here we go..
setelah 3 tahun plus we got married, we decided to go on fertility check up.
atas saranan kawan ayiep tentang rawatan di Klinik Barakah, Bandar Puteri Klang, saya pun immediately book an appointment on last Sunday.
procedure sangat senang, pm je di Facebook Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah insyaAllah mesej anda akan direply.
kenapa Klinik Barakah?
selain atas sebab saranan seperti yang saya nyatakan tadi, saya nampak orang terdekat seperti kakak dan sepupu gave a good review of their service.kakak saya deliver 2 orang anak beliau disini dan she doesnt encounter any issue here despite of the nurses and doctor semua Perempuan.
insyaAllah saya pun menyimpan impian untuk bersalin disini jika ada rezeki.

OK, we set an appointment on Sunday. on weekend, klinik ni tutup pukul 1 tengahari ye. so dijadikan cerita we were the last patient there. priority on patient yg lebih severe. kami pun ok sebab takde rushing ke mana-mana. tunggu lebih kurang 1 jam.
doktor pakar,Dr Khairiah sangat-sangat bagus.
at first, dia akan tanya random question of menstrual kita,
pernah mengandung or not
kalau period ada sakit teruk ke
average cycle day and menstrual day
spouse smoking

as for me, disebabkan pernah miscarriage dulu, beliau assume everything is fine.
so suggested buat Trans Vagina scanning (TVS) kebetulan saya dah hari ke-12 since day 1 period, to see if the is any follicle formed. sebenarnya seriau bila doc nak masukkan device tu di kemaluan kita sebab masa miscarriage dulu doc did it dalam keadaan rushing dan tak selesa sebab ada doc lelaki. so i was a bit intense. tapi kali ni dengan dr. Khairiah, beliau sangat tenang so saya lebih relax.
throughout scanning tu, dia akan describe if kita ada fibroid or cyst, saya Alhamdulillah tak ada.sebab sekarang ramai wanita diagnosed dgn penyakit tu.
and then dia akan check both sides of ovary. Alhamdulillah, ada satu dominant ovum di sebelah kiri which is a good sign.

What size is considered a mature follicle?
In a natural (unstimulated cycle) or Clomiphene Citrate cycle, mature follicle size is between 18 - 30 mm. If triggered, these cycles are typically triggered when follicle size is between 17-26mm (dependent of the practice and IVF lab). In a gonadotropin cycle, mature follicle size is between 16 - 20 mm. -
www.fertilitytoday.org › frequent_questions

now the ovum size dah 12.5cm, so here's the math :

average 2cm/day = ovulation 9 october
average 1.5cm/day = ovulation 10 october
average 1.0/day = ovulation 11october

so average kitorang perlu bersama antara 9/10 hingga 12/10.

at the moment, doc suruh proceed with natural concieve dahulu. if tak berjaya, then only proceed with Clomid-sejenis ubat untuk memperbanyakkan bilangan dominant follicle(ovum),
the higher number of follicle, the higher chances to concieve.
eiceh macam hypothesis pulak kan.kuikui

if dominant follicle dah byk tapi masih tak concieve then only kite check on guy side pulak.
probably something to do with sperms mobility.

apa pun, kalau Allah kata bukan rezeki,maka bukan la rezeki kita.
yang penting kita usaha dan doa, kan?
kawan-kawan tolong doakan saya ye.

Total cost :
cosultation & TVS : RM 200

Sep 19, 2019

Umrah 14 hari 12 malam 2017



“Mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti pula satu ibadat umrah yang lain,menghapuskan dosa di antara keduanya”
(Hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum.
It took me 2 years to write this :)
Diharap dengan apa yang saya sampaikan ini dapat memberi anda sedikit sebanyak info dan gambaran buat bakal Jemaah umrah,InsyaAllah.
Tidak terlintas langsung dibenak fikiran secepat ini dijemput Allah ke tanah suci-Mu.
Allah..

Kawan-kawan,
Percaya dan yakinlah pada besarnya kuasa doa. Yakin bahawa Allah mendengar doa kita.
Kadang kita merasa kita tak cukup wang, tapi InsyaAllah jika rezekimu sudah tertulis, terimalah dengan hati yang tak pernah berhenti bersyukur.
Belum tentu rezeki seperti ini datang kembali, tetapi telah kutetapkan keazaman dalam diri untuk menunaikan Haji jika umur ku panjang, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, doakan saya dapat mengerjakan Haji ketika sebelum umurku mencecah 40 tahun,aminn.

Okay, lets begin..

Date : 21 Januari 2017 – 2 Februari 2017/1438H
Tempoh : 14 hari 12 malam

Travel Agency : Wira Saujana
Alamat : Batu Caves,Selangor
Nombor Telefon : 03-6187 4595
Kos Pakej : RM 7000
Bilangan Jemaah :  20 orang

Pre-Umrah
3 minggu sebelum bertolak,pihak agensi pelancongan menganjurkan taklimat sebagai persediaan ke Tanah suci. Mereka akan brief in details tentang rukun umrah dan persediaan am.
But before that, make sure :

1.     A valid passport.
2.     suntikan imunisasi di klinik berdekatan (RM 150)
3.     Ambil gambar passport 4 keping ( backdrop putih) untuk urusan visa
4.     Cop pengesahan di jabatan agama berdekatan bagi pasangan suami isteri/mahram
Dokumen diatas harus diserahkan ke pihak agensi pelancongan untuk urusan permohonan visa

Sila buat checklist untuk kelengkapan peribadi seperti dibawah :
1.     Buku panduan umrah & ziarah
2.     Toiletries :- hanger, pengetip kuku, gunting kecil(untuk bertahalul)
3.     Ubat – ubatan (SANGAT PENTING sebab harga ubat disana mahal – Panadol/ubat sakit tekak/ubat sakit perut/ubat selesema/ubat batuk/vitamin C ) – tendency untuk demam/batuk/selesema sangat tinggi sebab perubahan cuaca dan bercampur dengan pelbagai jenis manusia dari pelosok dunia)

Untuk wanita : - sila consult medical officer berkenaan dengan menstrual korang.
                        Sangat rugi kalau tak dapat masuk tempat-tempat penting macam
                        Raudhah,even worst tak dapat tunaikan umrah.
4.     Duit – tukar siap-siap di Malaysia. Berapa banyak nak bawak, terpulang. Masa tu exchange rate Riyal mahal sikit dari MYR (SR 100 = MYR 113.50) . Harga barang lebih kurang di Malaysia. So berjimat-cermat lah ye
5.     the rest, bawa lah pakaian yang mencukupi. Jangan bawa banyak sangat nanti beg berat siapa nak tolong angkat.
Perempuan :
1.     Mini Telekung – telekung sahaja tanpa kain ( 2 helai putih,1 helai hitam untuk pakai di Raudhah)
2.     Jubah 2x
3.     Baju kurung 1x
4.     Baju tidur 2x
5.     Stoking 3x
6.     Arm Socks 3x
7.     Tuala mandi 1x
8.     Selipar 1x
9.     Kasut bertutup 1x

Lelaki :
Sama seperti diatas kecuali Baju-baju dan ihram


Day 1 - 21/1/2017
SV 831 /KUL JED / 1500 1915

Take off in Saudia Airlines. This is my first time to oversea and so glad my first ever oversea destination in my entire life is to The Haramain :)
Ibu sempat hantar di KLIA eventhough masa tu ibu masih belum sembuh dari her anxiety and depression. Thank you ibu. Sungguh niat utama ke tanah suci ni tiada lain selain mendoakan ibu agar diberi kesembuhan dan dikurniakan zuriat. Sayang Ibu..

So excited! My first time travelling with parent in law


After almost 8 hours on flight,2 kali makan-makan on board,pejam celik 8 kali jugak tak sampai-sampai,we finally touched down bumi Jeddah.

2 jam sebelum landing, kami berniat miqat di atas flight. Pilot akan announce yang kapal terbang dah berada di Qarnul Manzil. Once dah niat miqat, kita akan tied to larangan ihram

Niat Umrah
“Nawaitu Umrata Wa ahramtu biha lillahi Ta’ala”
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.


5 Rukun Umrah :
1.     Niat
2.     Tawaf di Baitullah
3.     Sai’e di antaras Safa dan Marwah
4.     Bercukur & Bergunting (Tahlul)
5.     Tertib (buat mengikut turutan)

Berkenaan niat ihram di Miqat :
1.     Makani (tempat) berniat untuk jemaah luar Mekah & dalam Mekah
2.     Untuk jemaah yang datang dari luar Mekah, ada 5 tempat untuk niat umrah iaitu :
a.     Qarnul Manazil ( Malaysia – Jeddah)
b.     Zul Hulaifah/Bir Ali ( Madinah – Mekah)
c.     Yalamlam
d.     Juhfah
e.     Zatul Irqin

3.     Jemaah dalam Mekah :
a.     Ja’ranah
b.     Tanaim
c.     Hudaibiah
d.     Sumaisi
e.     Tanah Halal
***Makani terdekat dengan bandar Mekah ialah Tana’im**-jika berniat untuk buat umrah kedua,ketiga dan seterusnya.

That is the reason orang lelaki kena pakai ihram siap-siap dari Malaysia and ladies for sure kena pakai pakaian menutup aurat.

Overall experience of Saudia Airline :
Sangat selesa, makan sedap , heard that this airline ada ruang solat sendiri tapi tak sempat explore.

Touch down di Terminal Haji Jeddah. Immigration process was smooth.airport sangat luas but so sad facilities tak secanggih KLIA. Jemaah terpaksa solat di ruang terbuka.
Kitorang sampai tengah malam. Stranded almost 2 jam tunggu bas transit ke hotel tak sampai-sampai.
Perjalanan dari airport ke hotel dalam 2 hour.
Sampai hotel, ambil kunci bilik dan berkumpul di lobi untuk terus mengerjakan rukun umrah seterusnya dipandu oleh Mutawif.
Hotel alhamdulillah dekat, dalam 180m ke pintu King Abdul Aziz (Pintu 1) Masjidilharam. Betul-betul belakang Le Meridian.
Hotel Nada Deafah

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hati ini berdebar-debar saat ingin bersua dengan kiblatku selama 27 tahun di dunia ini..
Allah..air mata deras mengalir..Sayu hati membayangkan betapa kerdil diri ini Ya Allah.

Alhamdulillah..selesai umrah yang pertama. Balik hotel dan rehat.

Rukun umrah merupakan ibadah wajib bagi Jemaah umrah :

1.     Miqat

2.     Tawaf
3 jenis tawaf :
1.     Rukun
2.     Sunat
3.     Wada’
Syarat sah tawaf :
1.     Berwudhuk
2.     Suci daripadan hadas kecil dan besar
3.     Suci daripada najis pada pakaian,badan dan tempat tawaf
4.     Menutup aurat
5.     Bermula dan berakhir di sudut hajaratul Aswad
6.     Bahu kiri menghadap Kaabah
7.     Berjalan tujuan tawaf
8.     Tujuh pusingan dengan yakin
9.     Di dalam masjid dan luar bahagian kaabah dan hijr ismail

           
3.     Sa’ie
Syarat sah sai’e :
1.     Selepas tawaf
2.     Mula dikaki Bukit Safa dan berkahir di kaki bukit Marwah
3.     Tujuh pusingan dengan yakin (dinasihatkan bawa tasbih digital untuk elakkan lupa)

Sunat-sunat sai’e :
1.     Berturut-turut(muwalat)
2.     Berjalan kaki
3.     Berlari-lari anak di lalulan lampu hijau (lelaki sahaja)
4.     Berzikir dan berdoa

4.     Bertahlul
Bererti bercukur / bergunting selepas sa’ie dengan minimum 3 helai rambut.

13 Larangan semasa berihram :


1.     Lelaki - Memakai pakaian bersarung/berjahit
2.     Lelaki - Menutup kepala
3.     Wanita - Menutup muka
4.     Lelaki & Wanita - Memakai sarung tangan
5.     Lelaki & Wanita - Memakai bau-bauan
6.     Lelaki & Wanita - Memakai minyak
7.     Lelaki & Wanita - Mengerat kuku
8.     Lelaki & Wanita - Mengerat dan memotong rambut
9.     Lelaki & Wanita - Memotong / Mencabut tumbuh- tumbuhan
10.  Lelaki & Wanita - Memburu / membinasakan binatang
11.  Lelaki & Wanita - Berkahwin/ Mengahwinkan atau mewakilkan wali
12.  Lelaki & Wanita - Melakukan pendahuluan persutubuhan
13.  Lelaki & Wanita - Bersetubuh

Day 2 – 3 (22-23 Januari 2017 -Ahad-Isnin)
Free & easy

Day 4 (24 Januari – Selasa)

Ziarah bandar Mekah

1.     Jabal Thur (Gunung Thur)
Sebuah bukit didalamnya terdapat gua dipuncak, tempat persembunyian Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq ketika dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah.



2.     Arafah (jabal rahmah)
Terletak di Arafah. Tempat pertemuan Nabi Adam AS dengan isterinya Hawa setelah sekian lama terpisah.
Tempat melaksanakan ibadah wukuf ketika musim Haji.




3.     Padang Arafah
Tempat melaksanakan ibadah wukuf.

4.     Mudzalifah
Bermalam di Mudzalifah adalah syarat wajib haji .
Disini juga sunat mengutip batu untuk ibadah melontar jamrat pada 10 Zulhijjah.


5.     Mina & Jamarat
Mina – tempat Jemaah Haji bermalam untuk melontar di 3 jamarat
Jamarat(Ula/Wusta/Aqabah) – diwajibkan pada jemaah haji untuk melontar jamara pada hari tashriq (11-13 Zulhijjah)


6.     Ja’ranah (boleh berniat umrah dan berihram di sini)
Salah satu tempat Rasulullah bermiqat


7.     Jabal Nur(Gua Hira’/Gunung Cahaya)
Tempat pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu dan petunjuk untuk dirinya serta umat islam untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah.

Perjalanan ke puncak Gua Hira’ cukup mencabar.
Perbelanjaan atas individu sebab travel agensi tak provide lawatan ni dalam itinerary.
Kalau korang planning untuk mendaki gunung ni, prepare yourself baju sejuk,
Air mineral, dan kasut yang bersesuaian.

Kami menaiki bas ke sana,setibanya, sebuah van Nissan Hiace akan pick up korang ke tempat berkumpul sebelum mendaki. Pengalaman yang mengerikan naik van ni sebab driver memang sengaja bawak macam orang gila.haha.umpama naik roller coster versi van.istighfar je la dalam van tu.

Mind you that gunung ni memang tinggi. Semput dibuatnya sebab kita tak biasa hiking.
Mujur cuaca sejuk dan ada beberapa perhentian kalau korang nak berenti rehat.
Gunung ni gunung batu semata, tak macam gunung kita di Malaysia. So takde nyamuk and semak samun.

Sesampainya dipuncak memang berbaloi melihat pemandangan kota Mekah.sangat cantik. Dan jika korang masih ada wudhuk boleh la buat solat sunat di atas tu.

Seterusnya untuk ke tempat yang bersejarah, iaitu tempat dimana nabi diturunkan wahyu,
Korang akan melalui gua yang sangat sempit, masa tu korang kena bersabar sebab jemaah lain tak berapa boleh bersabar.kebetulan masa kami disana ada sekumpulan jemaah Turki. Allah..terbayang macam mana Rasulullah pada zaman dahulu menerima wahyu di puncak gunung yang sempit.di antara celahan batu tu juga kita boleh nampak Kaabah.








Day 5 - 9
Free & Easy

Day 10
Tawaf Wida @ tawaf selamat tinggal dan bertolak ke Madinah

Unta of the day. He he. Di salah sebuah hentian R&R



Umrah 2017 part II – Madinah


Check in

Nama Hotel : Holiday Villa / Hotel Rove Madinah
Jarak : 120 meter ke perkarangan masjid , berdekatan pintu 25 kawasan Raudhah Peremouan

Day 11
Ziarah
1.     Raudah
2.     Perkuburan Baqi’
3.     Maqam Rasulullah ,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar

Assalamualaika Ya Rasulullah



Day 12
Ziarah
1.     Masjid Quba’
Masjid pertama dibina Rasulullah

2.     Ladang Kurma
Kurma nabi iaitu kurma ‘Ajwa’, benihnya ditanam sendiri oleh Baginda.
Menurut riwayat Bukhari, sesiapa yang memakan 7 biji kurma Ajwa pada waktu pagi nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya oada hari tersebut,
           
3.     Jabal Uhud/ Bukit Pemanah
Bukit Uhud adalah bukit dari syurga. Disini berlakunya peperangan besar yang mengorbankan bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah

4.     Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat)
Satu kiblat menghadap ke Baitul Maqdis, satu ke Mekah. Disinilah Rasulullah mengerjakan ibadah solat Zohor dimana 2 rakaat pertama menghadap ke Baitulmaqdis, 2 rakaat terakhir menghadap ke Baitullah.

5.     Masjid Tujuh
Terletak disekitar masjid Af-Fath. Disini terjadinya peperangan antara kaum Quraish dan yahudi menentang umat islam. Peperangan ini dinamakan perang Khandaq.


Fall in love sangat dengan bandar Madinah. Kemas, terancang, bersih. Penduduk yang ramah dari Mekah.
Berkahnya tempat Rasulullah :)

Day 13
Bertolak ke Kuala Lumpur
Madinah Airport. Lebih canggih dan selesa dari Jeddah Airport.

Dato Vida check in flight yang sama.business class la tapi
Spot KLCC!