Nov 11, 2020

Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS)

 the day i was diagnosed with PCOS, i was so clueless...

periodku regular. cuma since tahun lepas aku perasan jerawat naik mencanak.sepanjang hidup ni tak pernah muka ni sensitif,apa lagi jerawat.pakai la skincare apa pun kulit muka ni memang tahan lasak.

stress sangat dengan jerawat ni..jerawat makin banyak,parut tak hilang-hilang.jerawat pulak bukan jenis kecik-kecik.semuanya jerawat batu.sumpah sakit.

jadi bermula lah kajian mengenai PCOS ni sikit demi sikit..

to be honest, nak counter PCOS ni sangat la exhausting..seriously...

apa itu PCOS?

ketidakseimbangan hormon dalam badan..ia adalah sindrom,bukan penyakit.boleh diubati dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

boleh jadi period kau regular tiap bulan,TAPI kecenderungan telur/ovum kau matang untuk persenyawaan ada lah rendah( ini kes aku sendiri). telur ada tapi kuantiti sikit dan diameter kecil.

Simptom PCOS

  • irregular period
  • jerawat
  • susah turun berat badan
  • mood swings
  • excessive hair growth especially di dagu
  • rambut gugur
  • skin tag (macam biji kolestrol dekat mata tu)
Supplement suggested ( for TTC)
  • inositol
  • fish oil
  • vit D E C

kadang-kadang diri ni buntu.rasa macam dah jaga makan tapi still tak OK.
dah elak nasi,
buat Intermittent Fasting(IF) tapi berat 1 kg pun susah sangat nak turun.
dah cut gula, padahal nafsu ni rasa nak teguk vanilla coke botol besar.
stress..tak dapat nak elak sebab keje makan gaji kan...

to the extend...rasa nak terus buat IVF je.umur makin tua..
IVF pulak modal kasar.best kalau duit berjuta lemon.nak spend 10-20k pun tak kisah.
moga ada rezeki..

doakanku ya kawan-kawan....




Jun 4, 2020

Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan


2020 marks 4 tahun usia perkahwinan kami. after last misscarriage back in 2017, takde langsung lekat.so i made decision to settle this down. cari core punca why i hardly get pregnant.lepas research few blogs tentang treatment di hospital kerajaan, saya nekad nak try treatment kat sana.
kebetulan satu hari tu off day, makanya,pagi-pagi ni seawal 8 pagi saya dah terpacak di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah tak ramai orang. process went smoothly. 

1. Permohonan Temujanji di Hospital Besar
untuk yang baru nak set appointment, disyorkan datang Klinik Kesihatan berdekatan korang.sesampai di klinik, just cakap dengan nurse kat kaunter pendaftaran tu yang kita nak minta surat rujukan doktor untuk rawatan kesuburan di hospital besar.
sejurus jumpa doktor, korang akan ditanya soalan tentang sejarah kesihatan kita sedikit sebanyak,contohnya :

  • personal details (kerja / umur )
  • berapa tahun dah kahwin?
  • menstrual cycle regular or tak
  • pernah gugur sebelum ni atau tak
  • kekerapan bersama suami
  • nak refer hospital mana
  • suami perokok atau tak
  • history penyakit family (parents ada sakit apa)

lepas tu doktor akan bagi surat untuk pass ke hospital. so straight away bawa surat tu ke department O&G di klinik pesakit luar untuk dapatkan tarikh appointment dengan doktor,tapi bear in mind,date tak dapat on the dot tau. within seminggu baru hospital akan call untuk bagitahu tarikh appointment.dalam kes ni saya pass di Hospital Tunku Ampuan Rahimah.

caj rawatan setakat ni RM 1 je.

2. Temujanji Pertama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang 3/7/2020
Kos Pendaftaran - RM 5

doc buat ultrasound sahaja sebab masa tu on menses so tak boleh buat TVS. melalui ultrasound tu samar-samar nampak ovari sebelah kiri ada PCOS.
murung seharian. sejak dari tu saya dig details tentang PCOS. masuk group Facebook PCOS Support Group Malaysia & Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Alhamdulillah,banyak info dapat dari dalam group.
kadang kadang rasa dah cukup jaga makan, control gula, tak amek karbo..tapi PCOS masih ada.
mind you, PCOS ni hanya boleh heal melalui lifestyle kita je.clean diet,exercise,no stress yaaa


3. Sperm Test 4/6/2020
dalam banyak-banyak test,guess what..ini je test yang kaum suami buat ye sis.
rasa macam tak adil tapi ini la realitinya.so kalau suami tak bagi kerjasama memang akan rasa kecewa sikit la. harap kaum Adam cukup supportive terhadap isteri ya.

jadinya doktor bekalkan bekas sample macam bekas air kencing,pagi-pagi dalam pukul 7 suami kena keluarkan sperma dan pass ke makmal patologi hospital within 1 jam supaya sperma tak cepat mati.
lepas tu kita just tunggu result from doctor je next appointment...


4. Pap Smear + Ujian Darah
sebelum ni doc tak cakap kena buat pap smear.ingatkan nak inform result sperm test & ujian darah.
rupanya kena buat Pap Smear. cuak taktau nak cakap sebab tak expect kan.

tujuan pap smear ni adalah untuk identify kalau kita ada penyakit di rahim. dinasihatkan untuk setiap wanita yang dah berkahwin or sexually active untuk buat pap smear at least setahun sekali.
kaedah pap smear ni, doc akan scrap sel di rahim.sebelum tu doc akan buka vagina melalui speculum/muncung itik.prosedur ni tak sakit sangat.cuma ngilu sikit je bila kena scrap.
yang penting kena relax je,ok?

ujian darah pula bertujuan untuk tau hormone level.









5.  HSG @ Hospital Shah Alam 14/9/2020 
Kos - RM 0 (serius tak percaya weh)

dalam banyak-banyak treatment, HSG paling tak sanggup nak buat lagi.sebelum ni baca blog pengalaman orang lain macam mostly cakap tak sakit,so kita pun set dalam minda semua ni tak sakit, which is positive la kan..walha dihari kejadiannya Allah saja lah yang tau sakitnya.
disebabkan Hospital Klang punya equipment untuk buat test ni ada breakdown, so kena divert ke Shah Alam. cari parking je dah sejam sis.

briefly, HSG ni is a test untuk kenalpasti jika saluran fallopian (fallopian tube) ; tempat ovum dan sperma disenyawakan tersumbat atau tak.metodnya adalah dengan melepaskan dye/contrast ke dalam rahim dan dimasa yang sama rahim akan di x-ray untuk tengok jika ada blockage.
teknik lebih kurang pap smear,mulut itik dimasukkan di vagina.masa ni rasa macam organ dalaman kena drill,siap pakej bunyi skru.lepas tu baru dye akan dilepaskan.fuhh masa ni sakit gilos rasa senguggut 10x ganda sis.dan kesakitan ni berterusan lebih kurang 2-3 jam.menagis all the way dari hospital ke rumah.nasib tak drive sendiri masa tu.suami pun dah cuak tengok isteri menangis.

Keputusan agak memberangsangkan,Alhamdulillah 2-2 tiub takde blockage. tapi tengok kedudukan rahim agak senget.tak tau kenapa.tapi tak membahayakan pun...





6. Hasil Keputusan 29/9/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

Tiba lah masanya semua result prosedur yang dibuat sebelum ni di revealkan..

TVS - disahkan menghidap PCOS di ovari sebelah kiri. menurut doktor,eventhough menses regular,ada kebarangkalian telur tak matang untuk bersenyawa.

Sperm Test - ada abnormallities dengan sperm,dari segi mobility dan physical shape.say the normal mobility is 1.5, jadi doctor suggest untuk husband beli supplement 'Surbex Zinc' di mana-mana farmasi luar untuk enhance kualiti sperm.

HSG  - no issue as both tubes are not blocked.

in the end doc decided us to go for IUI . 
jadi beliau bekalkan saya dengan folic acid & Clomid 100gm
clomid kena ambil dari hari kedua period sehingga hari ke-enam. 
pada hari ke-10, doktor akan buat TVS untuk tengok jika telur dah cukup matang untuk disenyawakan.
kalau ye, sperma suami diperlukan untuk kaedah IUI.

kos IUI seperti yang diberitahu ialah RM 103.
murah sangat sangat berbanding klinik di luar yg mencecah ribuan ringgit tau

7. Clomid Result 12/10/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

today TVS again untuk tahu how well clomid responds.hari ini CD10.
Alhamdulillah ada 3 telur besar. satu di sebelah kiri, 2 lagi di ovari kanan. the biggest diameter is 18mm. hopefully it will develop enough sampai ovulation to normal diameter , > 20mm.
syukur sangat rahim berjaya menghasilkan telur.banyak kerisauan dalam kepala ni sebenarnya.
memang banyak duit dilaburkan dalm usaha TTC kali ni. antaranya :

  • minum susu kambing fresh setiap pagi  -RM6 sebotol ; untuk rahim dalam keadaan suam
  • beli Zinc Surbex - tingkatkan kualiti sperma
  • Vitamin E
  • fish oil
  • Shatavari - balancekan hormon
  • buah kiwi 2 biji sehari - vitamin C 
  • tak makan nasi, reduce carbs & sugar 
  • yoga & work out

berita yang kurang baik sikit cuma uterus lining tak cukup tebal untuk follicle tu menempel.
my uterus lining thickness cuma 3cm..thickness yang sesuai is 8cm ke atas..
jadi doktor bekalkan ubat Progynova 2mg (estradiol) ; hormon estrogen sintetik bertujuan untuk menebalkan dinding rahim. 
first time ambil, sakit kepala tak boleh bawa bincang.panas badan sampai tidur pun air cond kena max,penglihatan macam kabur sikit,sikit je. sama macam ambil comid hari tu..
14/10 jumpa doc lagi untuk tengok uterus lining ada development ke tak

8.) IUI ?
Kos Pendaftaran : RM 5





hasil TVS hari ini 14/10/2020
  • 3 dominant eggs ( 23mm, 18mm, 15mm)
  • uterus wall menebal 6cm
Alhamdulillah..puas hati sangat dengan result ni.
cuma khabar yang tak berapa baik is tak boleh proceed IUI sebab MCO.
jadi doc bekalkan suntikan bertujuan pecahkan telur.
so esok 15/10/2020 jam 10am kena inject sendiri, 36 jam selepas cucuk which is 10pm hari Jumaat kena bersama suami.

 

semoga dengan izin Allah ada lah rezeki kali ini,kalau period masih datang doc suruh schedule semula appointment.

pray for me ya...

update 11/11/2020
petang tadi baru lepas check up TVS lepas miss P datang..
kecewa rasanya..penat..bila kita dah usaha tapi in the end period jugak.
jadinya hari kedua menses, terus call hospital untuk ambil Clomid.
jadi kita start balik clomid la...

result hari ni worse sikit dari last month..

1 je telur yang besar kat sebelah kiri.
ovari sebelah kanan ada 9 biji kecik-kecik..sebab PCOS kat situ..

Alhamdulillah ada juga dominant egg daripada takde langsung kan..
teringat dulu TVS kat Barakah telur ada dlm 7-8 bijik 

jumaat ni dtg lg hospital utk TVS. if everything OK doc akan proceed IUI.
harap ada rezeki buat IUI kali ni sbb bulan lepas tak boleh proceed sbb MCO.

13/11/2020 TVS
Alhamdulillah development ovum sangat menggalakkan.tak dapat nak tau in details sebab doc kali ni sangat strict dan tak really friendly. cuma dia just decided buat IUI Isnin ni.
so kali ni dapat lagi ubat untuk ijection HUCOG 5000.

disebabkan timing cucuk pukul 10pm during weekend 14/11/2020,
terpaksa lah minta pertolongan cik suami cucukkan.
last time collegue yang tolong.plus dia agak mahir teknik cucuk ni sebab dia pun kerja kat lab.

anggaran telur pecah is 36hours upon injection.
jadinya by 10am 16/11/2020 kena la buat IUI.

16/11/2020 - IUI (Intrauterine insemination ) Permanian Beradas
Kos - RM 103


TWW(two week wait) - upt after IUI - 30/11/2020
Duphaston
folic acid

kalau mengikut teori pembacaan, suntikan 10000 IU mengambil masa 14 hari untuk keluar dari badan dari hari administration tu. 5000IU dalam 10 hari, 2500 IU dalam 7 hari. so seeloknya jangan test dalam tempoh tersebut atau awal dari tu. http://impianduajalur.blogspot.com/2016/09/upt-selepas-iui.html

Cucuk Hucog 5000 : 14/11/2020
next upt test - 25/11/2020



May 4, 2020

New Job,New Environment

seriously, i really need a new environment.
dah 5 tahun kerja sini since grad,i think i din grow much here.
officemate yang sama-sama masuk kerja pun dah tinggalkan company ni.
so demotivated here. no passion, so not excited being presence in the office.

hoping 2020 brings a miracle to me,insyaAllah.

doakan saya please,kawan-kawan.

My Side Income

saja nak story pengalaman buat side income throughout my 20's.hehe.

makanan kesihatan/kosmetik
- masa ni kan lambakan makanan kesihatan/kolagen eg : Aurawhite/Skinwhite blabla tu.
aku pun tak terlepas peluang untuk jadi dropship. boleh tahan juga order. tapi masa tu kan muda lagi,so soft skill pun tak hebat. nak respond soalan customer pun tak confident.tak silap setahun juga berniaga through ig. dah tak ingat apa nama ig.

GM Klang personal shopper
terdetik buat bisnes ni sebab dulu intern kat area GM Klang. alang-alang masa tu bujang lagi,weekend masih ada masa nak ke GM.bisnes ni pun through IG. paling hot ramai orang order was manik bracelet,manik baju.ingat lagi ada seorang customer ni order from UK sebab dia ada bisnes baju-baju kat Malaysia.
being a personal shopper ni kita kena firm. make sure kita list out jenis barang,harga,fix kan service charge.dont make customer take us for granted.ada sesetengah customer purposely suruh survey barang. sorry ya,GM tu besar,i nak carry the stuffs lagi.unless u pay me to survey then i wont mind. time is gold,time is money.
alkisahnya,moving forward aku dah tak boleh commit sebab kekangan masa.lagi-lagi bila dah berkahwin.weekend have to be at home.nak rehat.if not throughout the weekdays kerja hakiki.
tapi for me,bisnes ni memang boleh tahan keuntungannya.apa-apa pun,rajin dengan malas je kan?

if anyone yang nak jadi PS GM Klang ni,korang boleh target kat barang-barang di bawah :
- Manik baju
- manik/beads gelang
- brooch
- cadar
- handphone accesories








Jual kosmetik murah kat classmate
this one beli dari GM Klang jugak. beli sedozen liptint and jual dalam kelas.
yang tolong promote pun kawan-kawan jugak.haha.ada la terjual jugak.
dapat untung rm5/pc pun ok la kan?buat belanja makan kat U dulu.

FAME cosmetics
2017,this is the beginning i got serious in business. that time FAME tengah naik,masa scroll ig dulu asyik naik je post FAME,then happened to follow kak Lina Azmi (FAME agent). so since then, trus decided nak jadi dropship under dia.sangat baik.tak segan silu curahkan ilmu. bila dah ada customer,ada isu stock tak cukup kat tangan Kak Lina,it was a bit frustrating jugak sebab tak boleh fulfilled permintaan customer kan,so aku pun cari agen berdekatan and jumpa Kak Letchumy. masa tu tak tau lagi sistem agen,stokis apa semua ni.jadinya sign up dropship jugak under dia.dengan Kak Letch stock banyak,and boleh singgah rumah collect stok lepas balik kerja. Kak Lina duduk Nilai,so she has to wait the stock post by Kak Letch.
OK then bila sales dah naik,automatik registered as agen sebab purchased exceed RM500. bila kak letch masukkan dalam group agen, baru tahu Kak Lina pun agen under dia.hahaa keciknya dunia.
through bisnes ni jugak pernah attend sesi coaching,make up class,pegi event,launching raya edition.gigih amek half day lari ke wangsa maju.plus,pernah jadi among top sale,dapatlah hadiah RM500 and Guess wallet.

well semua tu jadi kenangan bila founder dah rasa selesa.sedih jugak mengenangkan founder tak appreciate agent masa nak build the brand.mati-mati kita promote without failed daily, bila dorang dah diatas,agen dilupakan.dorang dah ada physical store in few malls.banyak kontroversi.

gambar-gambar ni masa event top agent appreciation :







lepas kejatuhan FAME,aku cuba fokus product Trulooks/NRC/Mungil Lips/Sobella.
tapi semua tu failed.
first,its because dah ramai agen power dari brand-brand ni
secondly,modal agak kasar
up until now aku masih cuba clearkan stok yang masih ada di tangan.jual pun dengan harga kos je janji ada yang terjual.

makan-makan di rumah Kak Letch


lama-lama rasa tak kena dengan jiwa make up ni sebab aku bukan make up junkie sangat plus muka pun tak berapa nak helok. make up la camne pun tetap tak lawa.hahaa

sekarang masih dalam group Fabulous,tunggu masa nak leave the group dengan berat hati.
haih.sayang group ni sebenarnya but i need to focus.

Shopee
janji Jemaah



nasihat saya,jual je apa yang ada.confirm ada yang beli. yang penting jangan putus marketing.

bak kata DAO, marketing is buat orang nampak.



Apr 30, 2020

Resipi Lai Ci Kang Mudah

Salam Ramadhan semua ..

macam mana hari kelima berpuasa hari ni?kejap je dah nak masuk minggu pertama Ramadhan.
moga-moga kita sentiasa tingkatkan ibadat dibulan yang mulia ni.ujian yang tak pernah kita sangka,dilanda wabak Corona ketika bulan puasa.banyak hikmahnya PKP di bulan puasa.
bazar Ramadhan pun tak ada,jadi takde lah kita membazir beli makanan.bonding family pun makin rapat. baru ada masa nak solat berjemaah , bertadarus bersama.Alhamdulillah.

cakap pasal puasa ni..
mesti pening nak minum air sedap apa tiap kali berbuka kan?
kebetulan bazar Ramadhan tak ada tahun ni,
apa kata kali ni kita buat lai ci kang kat rumah je.
confirm jadi punya.semua bahan dalam satu pek.cukup lengkap 11 bahan asas Lai ci kang.

Jum kita try !


Langkah penyediaan:heart:
1. Didihkan 1.5-2 liter air dalam periuk.
2. Tuang semua bahan cikang (kecuali kacang n kismis) masuk ke dalam air mendidih.
3. Biarkan 15-20 minit sehingga semua bahan kembang.
4. Cikang Mama Dina sedia dihidang sejuk atau panas (hidangan 5-6orang)
6. Nak lagi meriah, tambah je nata de coco, longan, laici & cincau.
(Terus boleh makan 10-15 orang:heart_eyes:)

Hanya 3 step mudah:heart_eyes:..
Koyak, Tuang & Rebus.. Siap untuk dihidangkan:grin:









ini pula senarai 11 bahan kering dalam pek
CIKANG MAMA DINA :
:hea

  • Longan kering
  • Kurma merah
  • Biji selasih
  • Kembang semangkuk
  • Kismis
  • Kacang
  • Beras Barli
  • Snow fungus
  • gula batu
  • gula kundur
  • gula melaka asli
setiap bahan ni ada khasiat masing-masing.salah satunya untuk milk booster tau.




Berapa berat Cikang Mama Dina? 🍹lebih kurang 250g Tahan berapa lama? 🍹1-2 bulan,pastikan bahan kekal kering. Jika simpan dalam peti ais boleh tahan 5-6 Bulan 😊 Yang dah rebus boleh simpan? 🍹Boleh. Tahan 1 minggu dalam peti ais. Orang mengandung boleh minum? 🍹Boleh,lagi bagus. Salah satu cara untuk pastikan ada susu badan. Orang berpantang? 🍹Boleh tapi suam. Cuma jangan makan kacang dan kundur.

:he
Berat isi kandungan +-250gm




RM 13/ paket. (+-250g - hidangan untuk 4-5 orang)

boleh dapatkan di kedai shopee saya baenita.my dengan tiada kos pos minimum pembelian RM19 ke atas.

klik le ink dibawah ni. senang membeli di shopee kan,jimat kos pos,kalau tak melalui shopee,kos pos tambahan RM8.


https://mall.shopee.com.my/product/64492956/2614559165/












Apr 28, 2020

Masa itu Emas

lately macam serabut sangat. too much things to do yet so little time.
getting older,baru rasa masa sentiasa tak cukup, ianya berjalan terlalu pantas.
don't know if it's just me,or everybody else pun macam ni.
or..memang aku yang tak reti susun masa.tak organize.
especially during PKP ni, kerja like 24jam.
sometimes aku rasa..
is it worth aku nak berjaga siang malam semata-mata nak puaskan hati orang lain?
is it worth it with the amount i got paid?
can i just ignore superior marah sebab kerja tak settle?
all they know is kita kena meet their expectation.
kita memang tak boleh buat orang lain faham kita,kita sendiri je yang kena reverse physchology,
fikir vice versa.

Bila sekali kita buat salah,10 orang melompat.
bila kita buat yang betul,takde siapa pun appreciate.
well, that's how life is, right?
just keep in mind,hidup ni untuk dapat redha Allah,bukan manusia.
bila kita ingat ni, insyaAllah kita tak kisah apa orang lain kata.
tapi..cakap memang senang,bila kena batang hidung sendiri mau melenting jugak. he he

after all, kita yang kena faham/ be in her/his shoes.
so no use kita explain panjang lebar reason kita tak boleh meet their expectation
i hold to this principal throughout my 20's (dah nak masuk 30 ni,haha)

dulu masa BBNU selalu expect orang lain untuk faham kita. asyik nak nangis je.lol
kenapa la rebel sangat dulu,kan?

bila fikir balik..ni tanggungjawab aku..

Allah mesti marah aku terlalu kejarkan dunia.kadang solat pun tak khusyuk memikirkan kerja.
lagi-lagi bulan Ramadhan ni. last year boleh lagi pergi Terawih dengan tenang ke masjid.
sekarang jemaah terawih kat rumah je  pun dok kalut dalam hati nak cepat habis sbb nak setelkan kerja.

sumpah penat..
trying to keep myself positive but could not..
so demotivated to work.


ok lah,done mengeluh

Apr 10, 2020

Ladang Pahala - Ibu

pagi ni video call ibu.saja tanya khabar. sejak PKP ni sebak rasa sebab dah lama tak balik kampung.
in the end of conversation,both of us dua-dua bertakung air mata.

i decided to video call ibu from now on..tengok muka mak ayah dapat pahala tau, walaupun tak jumpa personally,tengok dalam fon pun jadi. kita tak tau siapa antara kita yang pergi dulu, mungkin aku sendiri. so please, appreciate each and everyone around you especially family you sendiri.jangan malu nak ungkapkan kata-kata sayang.buang la ego tu ok.

same goes for the spouse.hari-hari sebelum pergi kerja, cium, peluk la dengan rasa cinta.because you never know, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita dengan cara apa pun .

masa muda maybe kita tak put attention to stuffs like this. but for me, throughout my 20's i have learnt a lot. mungkin pengaruh dari kelas Dr Azizan Osman jgk, it changed me 360 degree.

dulu aku sgt rebel, emotional and oversensitive towards small things. now i think im able to manage my own emotion.just plant the seed in mind that apa yang ada ni,semua Allah punya, even corona virus yang tak nampak dengan mata kasar tapi mampu membunuh orang dengan sekelip mata tu pun Allah yang punya tau.

i miss ibu..hopefully this corona things recover as soon as possible.sejak kahwin rasa makin jauh dengan ibu.kesian ibu. tapi ibu sentiasa dalam doa adik. adik pohon Allah jagakan dan tengokkan ibu, semoga ibu diurniakan kesihatan yang baik berpanjangan.

syukur..adik masih ada ibu :)

Jan 12, 2020

TTC Journey part 3 - Phang Oo Lang

year end hari tu we brought parent in law jalan-jalan makan angin ke Penang. kebetulan di sana, teringat seorang kakak blogger ni ikhtiar untuk preggy di senseh/sensei di Phang Oo Lang,Penang.

so we made it there. senang sangat nak cari.waze je. kedai terletak di Kepala Batas,Penang.

tak ramai patient pun.risau jugak kena appointment tapi Alhamdulillah walk in je.
the procedure is korang akan diminta untuk collect urine before jumpa senseh.
then bila dipanggil masuk senseh akan suluh kuku sambil check blood pressure.
then dia akan review if badan korang banyak angin ke, kurang minum air ke.
tak lama pun. took about 10 minutes je.then assistant akan prepare ubat.
ubat ni untuk sebulan consumption.

total : RM 420 (ubat + consultation)


His : 5pcs/3 times a day



mine : 5 pcs/3 times a day

update :

pada saya ubat ni agak panas.mungkin badan tak boleh nak adapt dgn ubat ni..jadi berjaya makan 2 botol lepas tu stop.
tapi benda ni subjektif.mungkin orang lain punya effect lain kan?

cuba lah!

Jan 11, 2020

Honeymoon Pulau Langkawi 2016

Aloha!
just a little throwback our honeymoon back in 2016. dah 2020 baru nak update weh!
baru la wawasan 2020.hahah

this was our first vacation actually - just the two of us.so macam-macam la jadi.
dari nak naik flight sampai la balik.yang manis ada,masam ada,masin pun ada 😂

perjalanan naik flight tak sampai sejam(no luggage check in)compared to nak drive, boleh bayangkan letih macam mana.
sampai-sampai airport Langkawi immediately book rental car. so we head up to jetty ke Vivanta hotel. well hotel ni situated in Pulau Rebak.Langkawi kan dikelilingi pulau-pulau kecil.so Pulau Rebak adalah salah satu pulau di sana.been to Pulau Tuba during my high school sebab ada so-called survival camping.haha.rindu tau especially team mates. some of them still in contact.
tak boleh lupa nak buang air kecil/besar kena gali lubang sendiri.basuh pakai air laut wei.
kena berdiri atas canoe tengah-tengah laut then capsized.pehh. tak caya pernah buat macam tu dulu.
oh nama team kitorang is - Sheddar.


anyway,thanks to collegue sebab menaja penginapan honeymoon kami ni.here some photos - just keeping here as memories. in case laptop rosak.hehe




yeayy dah sampai airport Langkawi

at the jetty 










love this spot! wish we had a romantic dinner here


husband with his fav plant - Paku Aji.


overlooking pulau Langkawi


breakfast by the pool.hakak bagi 5 bintang!

so hot!


at Pantai Chenang

terjumpa orang Banting jadi beach boy.eh!


sayonara!