Jul 29, 2019

KEDAI MAKAN HALAL DI KLANG (BUKIT TINGGI)

1. AYAM GEPUK PAK GEMBUS

actually branch ni baru je bukak. so kitorang nak give a try see how pedas seperti yang digembar gemburkan.

ambience kedai:
bersih, lengkap dengan cuttleries, makanan alas dengan kertas minyak.
pakaian korang tend to berbau sebab aktiviti masak-memasak terletak di bahagian hadapan kedai.
so bila goreng-goreng, bau akan terperangkap dalam kedai.

parking agak limited sebab lot kedai terletak di kawasan boleh tahan sibuk.
so suggested datang dalam pukul 12 tepat untuk elakkan kesesakan.

review makanan :

didatangkan dengan varian 4 set nasi gepuk :

set A : nasi + ayam goreng + sambal  + kobis (RM 7.90)
set B : nasi + ayam goreng  + sambal + tauhu goreng + tempe goreng + kobis (RM 8.90)
set C :  nasi + ayam goreng  + sambal + tauhu goreng + tempe goreng + pedal/hati goreng (RM 9.90)
set D :  nasi + ayam goreng + sambal + tauhu goreng + tempe goreng + pedal/hati goreng + kobis goreng (RM 10.90 )

 tahap pedas :
normal
extra spicy

 air dan nasi free flow

my personal review, sambal memang pedas walaupun kita just pilih sambal yang normal. tapi...sambalnya hanya pedas semata-mata, tak macam sambal ayam penyet yg cukup rasa, ada tomato,masam and manis.
so nak makan ayam gepuk pak gembus ni,kena makan dengan kicap baru ada cukup rasa.
lain biasa-biasa je  :)

Alamat :
No 42A, 00-1, Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Port Klang, Selangor
tutup setiap hari Jumaat ye 

No comments: