Aug 30, 2021

Rooting for 'You'

 hai baby..jika kamu berjaya singgah lebih lama dalam rahim ibu, insyAllah hari ni usia kamu dah 4 tahun.dah boleh ke sekolah.

tempat ibu kongsi suka duka ibu..

tapi..rezeki tak menyebelahi ibu,sayang...

dibawah ini ibu kongsi detik kegembiraan ibu.cukup untuk ibu jadikan kenangan.

buat yang membaca, doakan saya ye.

kadang saya rasa putus harapan..tapi Allah tu maha merancang.

Wallahu'alam.


Tahun 2017.
bercuti dengan family in law di Felda Residence Hot Spring,Sg. Kelah.masa ni dah perasan period delay dalam 2 minggu and ada changes in physical.hari-hari sakit kepala memang bertemankan minyak cap kapak je.tapi tak expect apa-apa.yela sebab dah setahun kahwin tapi tak pernah lekat lagi.

lepas balik dari hot spring, singgah semalam di rumah ibu.decided to buy pregnancy test.
naik double line tapi blurry lagi.dah excited sikit.so kitorang decide untuk check di klinik balik rumah nanti untuk confirmation doktor.


di klinik,doktor buat urine test lagi.kali ni line nampak jelas sangat.masa ni happy sangat-sangat.
doktor siap bagi free ultrasound.nampak lah kantung kecik berusia 5 minggu tu.means dah sebulan lebih.

tengok la papa kamu,adik..excited sangat.sikit-sikit tengok gambar ultrasound tu.
semoga ibu dapat tengok papa kamu happy macam ni lagi..kesian dia..


reunion dinner with family- pregnancy announcement.

hujung bulan yang sama..ibu alami pendarahan.terus check di klinik.
tiada heartbeat
kantung tak well develop.
akhirnya kamu terpisah dari jasad ibu.

ibu redha,sayang....

dah hampir 4 tahun berlalu.
besar harapan ibu supaya adik kamu bakal menginap dalam rahim ibu.




dilema

im getting stress out thinking of gaji,kerjaya yang tak maju-maju.
di usia ni gajiku patut disekian harga.tapi masih stuck di takuk itu sahaja.

bukan menidakkan rezeki.memang banyak sangat dah nikmat yang Allah bagi.
tapi rasa useless sangat.tambahan bila ada masa nak reward diri sendiri jadi berkira-kira.
end up takde pun reward tu.

orang terdekat keep pushing,blaming me.cakap aku yang pilih kerja ni.so hadap la.
korang bayangkan,fresh grad,takde pengalaman langsung,nak taknak terpaksa terima apa je job offer for the sake of experience. i wish i can decide whatever i wanted to do tanpa ambil kira pandangan orang lain.dari kecik rasa hidup dikawal.nak sekolah apa,jurusan apa,pegi sekolah ni tak boleh,ambil jurusan ni tak boleh.dan aku pun tak boleh nak salahkan orang lain sebab aku sendiri tak firm dengan pendirian.

rasa hilang keyakinan diri sangat-sangat.
or
adakah aku je yang overthinking?
taking things too personally?

haih.
Hasbunallah wanikmal wakil..
Allah sebaik-baik pelindung..

moga Allah tunjukkan jalan...
aku bahagia..
aku bersyukur..


Aug 26, 2021

Resipi Bubur Asyura MIL

Bubur Asyura lazimnya sinonim dengan peristiwa Awal Muharram.biasanya ianya dimasak pada 10 Muharram. dikatakan sejarah masakan bubur ini bagi memperingati Nabi Nuh yang makan biji-bijian yang terdapat didalam bahtera baginda.

sejauh mana kesahihannya..Wallahualam.

di Malaysia,ada pelbagai jenis bubur Asyura.jika di negeri pantai timur, bubur ini dimasak dalam bentuk pejal.masing-masing punyai keunikan sendiri.

anyway, juadah ini juga salah satu signature dish mak mentua saya. sangat sedap.

kebetulan pula mak saudara minta resipi. jadi kita simpan di blog untuk rujukan masa hadapan,

cuba lah!kalau jadi jangan segan share di ruang komen dibawah ya!

Resipi Bubur asyura.                                 
Bawang merah dan bawang putih , 
halia , serai , udang kering  . 
Serai di titik . 
Boleh masuk daging atau ayam . 
Kacang tanah di sangan , 
kacang kuda dan kacang dal direndam dahulu. 
Tumis semua bahan2 tadi masukkan beras dan kacang2 tadi . 
Kacang tanah masukkn akhir sekali setelah bubur masak. 
Jika suka bleh masukkn sop punjut ketika menumis bawang tadi . 
Bila bubur dh kembang ...masukkn santan kacau sampai tanak 
Masukkan lada sulah . 
Kalau nk sedap lagi masukkn kiub pati ayam . 
Dah betul2 tanak ...angkat , sejukkn dan makan . Jgn lupa letak garam . Klau pandai masak ...jadi sedap . Klau tak pandai masak ....jadi tak sedap.

#resipi



Aug 15, 2021

Sikap dan Habit

 sambil scroll FB tersentak dengan satu status yang dimuat naik oleh ahli motivasi Syed Faisal Harmony.all this while memang follow kerana beliau banyak menasihati tentang hubungan suami isteri.

walaubagaimanapun, status FB beliau yang berbunyi seperti ini :

Duduk 'bersahaja' pun boleh jadi habit 2 bulan akan datang. habit 'pasif' yang bawa kepada 'rasa malas'. Be concious.Memori anda merekod eveything. even dalam bilik ai,dia 'ada'-lovesage-

memang selama ni rasa aku terlalu taking my own sweet time. entah la..when getting older, aku rasa dah takde enthuism nak buat apa pun.mungkin aku rasa aku dah takde peluang untuk spark the glitter inside so i keep in denying.hidup dalam comfort zone.takde kemajuan dalam diri.in fact, aku just follow the flow.

mendengarkan keratan ayat Syen Faisal ni, aku kena buat habit yang berfaedah. antaranya :

Kerohanian :

  • bangun pagi sebelum subuh
  • lazimi solat sunat
  • amalkan solat sunat tahajjud
  • mengaji setiap hari
  • istighfar dan selawat whenever possible
  • nak read books
Fizikal
  • exercise or YOGA everyday
  • appreciate tubuh badan

Aug 9, 2021

Siti Sarah Raisudin Meninggal Dunia

 


hari ini seluruh rakyat Malaysia kehilangan artis berbakat,Siti Sarah Raisudin.Mula dikenali ramai dengan lagu 'Kesetiaan',tak dinafikan suara beliau sangat lunak. kalau tak silap lagu tersebut dilancarkan sekitar 2002,masa tu saya baru je sekolah rendah. teringat dulu,masing-masing ada buku lirik lagu,maka lagu ni diantara yang terkandung dalam buku tersebut.

fast forward over the years,beliau dikatakan mengahwini Shuib yang ketika tu baru menempa nama dalam dunia seni tanah air. melalui pembacaan dari media, mereka tak bersanding pun di hari perkahwinan kerana kekangan kewangan.tapi Shuib dah janji akan bersanding juga satu hari nanti dan ya,dia tunaikan janji tersebut.boleh nampak sinar kebahagiaan Sarah dalam rumahtangganya. gembira di samping Shuib.Si suami juga amat menyangi isteri. pernah suatu ketika viral Allahyarhamah mencium ketiak suami,shuib juga tak lokek memberi sejumlah besar wang untuk Siti Sarah. mungkin berkat membahagiakan isteri, rezeki Shuib juga tak putus-putus.

seusai perkhabaran sepeninggalan beliau di dunia ini, maka satu demi satu amal kebaikan didedahkan oleh teman beliau.Saudara Nuri di Palestin menunjukkan screenshot Siti Sarah melaburkan 7 bahagian untuk ibadah korban di Palestin dengan 1 bahagian bernilai RM 7+++ .

beliau insan yang baik.disayangi semua orang.diambil Allah ketika setelah bertarung nyawa melahirkan anak mereka serta bergelut dengan virus Covid 19.semoga Allah mencucuri roh beliau.

Al Fatihah.