Aug 9, 2021

Siti Sarah Raisudin Meninggal Dunia

 


hari ini seluruh rakyat Malaysia kehilangan artis berbakat,Siti Sarah Raisudin.Mula dikenali ramai dengan lagu 'Kesetiaan',tak dinafikan suara beliau sangat lunak. kalau tak silap lagu tersebut dilancarkan sekitar 2002,masa tu saya baru je sekolah rendah. teringat dulu,masing-masing ada buku lirik lagu,maka lagu ni diantara yang terkandung dalam buku tersebut.

fast forward over the years,beliau dikatakan mengahwini Shuib yang ketika tu baru menempa nama dalam dunia seni tanah air. melalui pembacaan dari media, mereka tak bersanding pun di hari perkahwinan kerana kekangan kewangan.tapi Shuib dah janji akan bersanding juga satu hari nanti dan ya,dia tunaikan janji tersebut.boleh nampak sinar kebahagiaan Sarah dalam rumahtangganya. gembira di samping Shuib.Si suami juga amat menyangi isteri. pernah suatu ketika viral Allahyarhamah mencium ketiak suami,shuib juga tak lokek memberi sejumlah besar wang untuk Siti Sarah. mungkin berkat membahagiakan isteri, rezeki Shuib juga tak putus-putus.

seusai perkhabaran sepeninggalan beliau di dunia ini, maka satu demi satu amal kebaikan didedahkan oleh teman beliau.Saudara Nuri di Palestin menunjukkan screenshot Siti Sarah melaburkan 7 bahagian untuk ibadah korban di Palestin dengan 1 bahagian bernilai RM 7+++ .

beliau insan yang baik.disayangi semua orang.diambil Allah ketika setelah bertarung nyawa melahirkan anak mereka serta bergelut dengan virus Covid 19.semoga Allah mencucuri roh beliau.

Al Fatihah.


No comments: