Jun 4, 2020

Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan


2020 marks 4 tahun usia perkahwinan kami. after last misscarriage back in 2017, takde langsung lekat.so i made decision to settle this down. cari core punca why i hardly get pregnant.lepas research few blogs tentang treatment di hospital kerajaan, saya nekad nak try treatment kat sana.
kebetulan satu hari tu off day, makanya,pagi-pagi ni seawal 8 pagi saya dah terpacak di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah tak ramai orang. process went smoothly. 

1. Permohonan Temujanji di Hospital Besar
untuk yang baru nak set appointment, disyorkan datang Klinik Kesihatan berdekatan korang.sesampai di klinik, just cakap dengan nurse kat kaunter pendaftaran tu yang kita nak minta surat rujukan doktor untuk rawatan kesuburan di hospital besar.
sejurus jumpa doktor, korang akan ditanya soalan tentang sejarah kesihatan kita sedikit sebanyak,contohnya :

  • personal details (kerja / umur )
  • berapa tahun dah kahwin?
  • menstrual cycle regular or tak
  • pernah gugur sebelum ni atau tak
  • kekerapan bersama suami
  • nak refer hospital mana
  • suami perokok atau tak
  • history penyakit family (parents ada sakit apa)

lepas tu doktor akan bagi surat untuk pass ke hospital. so straight away bawa surat tu ke department O&G di klinik pesakit luar untuk dapatkan tarikh appointment dengan doktor,tapi bear in mind,date tak dapat on the dot tau. within seminggu baru hospital akan call untuk bagitahu tarikh appointment.dalam kes ni saya pass di Hospital Tunku Ampuan Rahimah.

caj rawatan setakat ni RM 1 je.

2. Temujanji Pertama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang 3/7/2020
Kos Pendaftaran - RM 5

doc buat ultrasound sahaja sebab masa tu on menses so tak boleh buat TVS. melalui ultrasound tu samar-samar nampak ovari sebelah kiri ada PCOS.
murung seharian. sejak dari tu saya dig details tentang PCOS. masuk group Facebook PCOS Support Group Malaysia & Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Alhamdulillah,banyak info dapat dari dalam group.
kadang kadang rasa dah cukup jaga makan, control gula, tak amek karbo..tapi PCOS masih ada.
mind you, PCOS ni hanya boleh heal melalui lifestyle kita je.clean diet,exercise,no stress yaaa


3. Sperm Test 4/6/2020
dalam banyak-banyak test,guess what..ini je test yang kaum suami buat ye sis.
rasa macam tak adil tapi ini la realitinya.so kalau suami tak bagi kerjasama memang akan rasa kecewa sikit la. harap kaum Adam cukup supportive terhadap isteri ya.

jadinya doktor bekalkan bekas sample macam bekas air kencing,pagi-pagi dalam pukul 7 suami kena keluarkan sperma dan pass ke makmal patologi hospital within 1 jam supaya sperma tak cepat mati.
lepas tu kita just tunggu result from doctor je next appointment...


4. Pap Smear + Ujian Darah
sebelum ni doc tak cakap kena buat pap smear.ingatkan nak inform result sperm test & ujian darah.
rupanya kena buat Pap Smear. cuak taktau nak cakap sebab tak expect kan.

tujuan pap smear ni adalah untuk identify kalau kita ada penyakit di rahim. dinasihatkan untuk setiap wanita yang dah berkahwin or sexually active untuk buat pap smear at least setahun sekali.
kaedah pap smear ni, doc akan scrap sel di rahim.sebelum tu doc akan buka vagina melalui speculum/muncung itik.prosedur ni tak sakit sangat.cuma ngilu sikit je bila kena scrap.
yang penting kena relax je,ok?

ujian darah pula bertujuan untuk tau hormone level.









5.  HSG @ Hospital Shah Alam 14/9/2020 
Kos - RM 0 (serius tak percaya weh)

dalam banyak-banyak treatment, HSG paling tak sanggup nak buat lagi.sebelum ni baca blog pengalaman orang lain macam mostly cakap tak sakit,so kita pun set dalam minda semua ni tak sakit, which is positive la kan..walha dihari kejadiannya Allah saja lah yang tau sakitnya.
disebabkan Hospital Klang punya equipment untuk buat test ni ada breakdown, so kena divert ke Shah Alam. cari parking je dah sejam sis.

briefly, HSG ni is a test untuk kenalpasti jika saluran fallopian (fallopian tube) ; tempat ovum dan sperma disenyawakan tersumbat atau tak.metodnya adalah dengan melepaskan dye/contrast ke dalam rahim dan dimasa yang sama rahim akan di x-ray untuk tengok jika ada blockage.
teknik lebih kurang pap smear,mulut itik dimasukkan di vagina.masa ni rasa macam organ dalaman kena drill,siap pakej bunyi skru.lepas tu baru dye akan dilepaskan.fuhh masa ni sakit gilos rasa senguggut 10x ganda sis.dan kesakitan ni berterusan lebih kurang 2-3 jam.menagis all the way dari hospital ke rumah.nasib tak drive sendiri masa tu.suami pun dah cuak tengok isteri menangis.

Keputusan agak memberangsangkan,Alhamdulillah 2-2 tiub takde blockage. tapi tengok kedudukan rahim agak senget.tak tau kenapa.tapi tak membahayakan pun...





6. Hasil Keputusan 29/9/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

Tiba lah masanya semua result prosedur yang dibuat sebelum ni di revealkan..

TVS - disahkan menghidap PCOS di ovari sebelah kiri. menurut doktor,eventhough menses regular,ada kebarangkalian telur tak matang untuk bersenyawa.

Sperm Test - ada abnormallities dengan sperm,dari segi mobility dan physical shape.say the normal mobility is 1.5, jadi doctor suggest untuk husband beli supplement 'Surbex Zinc' di mana-mana farmasi luar untuk enhance kualiti sperm.

HSG  - no issue as both tubes are not blocked.

in the end doc decided us to go for IUI . 
jadi beliau bekalkan saya dengan folic acid & Clomid 100gm
clomid kena ambil dari hari kedua period sehingga hari ke-enam. 
pada hari ke-10, doktor akan buat TVS untuk tengok jika telur dah cukup matang untuk disenyawakan.
kalau ye, sperma suami diperlukan untuk kaedah IUI.

kos IUI seperti yang diberitahu ialah RM 103.
murah sangat sangat berbanding klinik di luar yg mencecah ribuan ringgit tau

7. Clomid Result 12/10/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

today TVS again untuk tahu how well clomid responds.hari ini CD10.
Alhamdulillah ada 3 telur besar. satu di sebelah kiri, 2 lagi di ovari kanan. the biggest diameter is 18mm. hopefully it will develop enough sampai ovulation to normal diameter , > 20mm.
syukur sangat rahim berjaya menghasilkan telur.banyak kerisauan dalam kepala ni sebenarnya.
memang banyak duit dilaburkan dalm usaha TTC kali ni. antaranya :

  • minum susu kambing fresh setiap pagi  -RM6 sebotol ; untuk rahim dalam keadaan suam
  • beli Zinc Surbex - tingkatkan kualiti sperma
  • Vitamin E
  • fish oil
  • Shatavari - balancekan hormon
  • buah kiwi 2 biji sehari - vitamin C 
  • tak makan nasi, reduce carbs & sugar 
  • yoga & work out

berita yang kurang baik sikit cuma uterus lining tak cukup tebal untuk follicle tu menempel.
my uterus lining thickness cuma 3cm..thickness yang sesuai is 8cm ke atas..
jadi doktor bekalkan ubat Progynova 2mg (estradiol) ; hormon estrogen sintetik bertujuan untuk menebalkan dinding rahim. 
first time ambil, sakit kepala tak boleh bawa bincang.panas badan sampai tidur pun air cond kena max,penglihatan macam kabur sikit,sikit je. sama macam ambil comid hari tu..
14/10 jumpa doc lagi untuk tengok uterus lining ada development ke tak

8.) IUI ?
Kos Pendaftaran : RM 5





hasil TVS hari ini 14/10/2020
  • 3 dominant eggs ( 23mm, 18mm, 15mm)
  • uterus wall menebal 6cm
Alhamdulillah..puas hati sangat dengan result ni.
cuma khabar yang tak berapa baik is tak boleh proceed IUI sebab MCO.
jadi doc bekalkan suntikan bertujuan pecahkan telur.
so esok 15/10/2020 jam 10am kena inject sendiri, 36 jam selepas cucuk which is 10pm hari Jumaat kena bersama suami.

 

semoga dengan izin Allah ada lah rezeki kali ini,kalau period masih datang doc suruh schedule semula appointment.

pray for me ya...

update 11/11/2020
petang tadi baru lepas check up TVS lepas miss P datang..
kecewa rasanya..penat..bila kita dah usaha tapi in the end period jugak.
jadinya hari kedua menses, terus call hospital untuk ambil Clomid.
jadi kita start balik clomid la...

result hari ni worse sikit dari last month..

1 je telur yang besar kat sebelah kiri.
ovari sebelah kanan ada 9 biji kecik-kecik..sebab PCOS kat situ..

Alhamdulillah ada juga dominant egg daripada takde langsung kan..
teringat dulu TVS kat Barakah telur ada dlm 7-8 bijik 

jumaat ni dtg lg hospital utk TVS. if everything OK doc akan proceed IUI.
harap ada rezeki buat IUI kali ni sbb bulan lepas tak boleh proceed sbb MCO.

13/11/2020 TVS
Alhamdulillah development ovum sangat menggalakkan.tak dapat nak tau in details sebab doc kali ni sangat strict dan tak really friendly. cuma dia just decided buat IUI Isnin ni.
so kali ni dapat lagi ubat untuk ijection HUCOG 5000.

disebabkan timing cucuk pukul 10pm during weekend 14/11/2020,
terpaksa lah minta pertolongan cik suami cucukkan.
last time collegue yang tolong.plus dia agak mahir teknik cucuk ni sebab dia pun kerja kat lab.

anggaran telur pecah is 36hours upon injection.
jadinya by 10am 16/11/2020 kena la buat IUI.

16/11/2020 - IUI (Intrauterine insemination ) Permanian Beradas
Kos - RM 103


TWW(two week wait) - upt after IUI - 30/11/2020
Duphaston
folic acid

kalau mengikut teori pembacaan, suntikan 10000 IU mengambil masa 14 hari untuk keluar dari badan dari hari administration tu. 5000IU dalam 10 hari, 2500 IU dalam 7 hari. so seeloknya jangan test dalam tempoh tersebut atau awal dari tu. http://impianduajalur.blogspot.com/2016/09/upt-selepas-iui.html

Cucuk Hucog 5000 : 14/11/2020
next upt test - 25/11/2020