Sep 6, 2021

Slow / Lembab /Pending / Loading

aku tak tau lah. aku rasa semakin tua,aku semakin bodoh. lagi-lagi berkenaan kerja. lambat nak faham sesuatu and cuai.salah bagi dokumen,mesti ada amendment.oleh sebab ni.aku rasa down sangat.sebab tu gaji dan pangkat tak naik-naik. sampai satu tahap aku takut nak kerja kat tempat baru sebab nanti kena belajar ilmu baru.takut orang yg ajar aku tu fed up sebab aku slow.

masa sekolah aku perasan,aku sangat struggle belajar sesuatu.UPSR dgn PMR mmg aku skor.tapi bila SPM onwards..SPM,STPM,Universiti..aku rasa tahap otak aku ni mendadak turun.susah sangat nak faham dan ingat.benda yang aku belajar tu semua aku rasa sangat complicated lagi-lagi jurusan Sains tulen. terus terang aku tak minat sebab aku tau kemampuan aku ni la.tak pandai matematik. aku dah apply jurusan perdagangan kat sekolah teknik tapi family halang pergi. so end up aku rasa kehidupan aku sangat fail.result SPM teruk.bergantung kat subjek teras je yg OK.

sedih sangat lagi-lagi bila orang terdekat selalu cakap aku lembab. memang itu realitinya. nak taknak kena accept. 

kat bawah ni antara yg dapat dilakukan untuk improve IQ. according to pembacaan blog-blog dibawah.

kalau korang ada masalah macam aku, share la dalam komen.at least aku tau aku tak keseorangan.

  • exercise
  • belajar bahasa baru (france/korea/arab)
  • belajar main muzik (piano abah)
  • makanan berkhasiat
  • beli buku matematik dan buat latihan hari-hari

https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/lambat-loadingaku-ada-sesuatu-yg-nak-dikongsikan-bersama-aku-nak-mintak-pandanga/977842375631911/

https://www.nona.my/lemah-ingatan-susah-belajar-lambat-pick-4-hobi-ini-punca-otak-tumpul-no-2-tu-paling-bahaya/

https://iluminasi.com/bm/teknik-feynman-4-langkah-belajar-dengan-betul-supaya-anda-tak-akan-lupa-sesuatu-ilmu.html

https://majalah.isra.org.my/2016/01/tips-untuk-mudah-faham.html

Aug 30, 2021

Rooting for 'You'

 hai baby..jika kamu berjaya singgah lebih lama dalam rahim ibu, insyAllah hari ni usia kamu dah 4 tahun.dah boleh ke sekolah.

tempat ibu kongsi suka duka ibu..

tapi..rezeki tak menyebelahi ibu,sayang...

dibawah ini ibu kongsi detik kegembiraan ibu.cukup untuk ibu jadikan kenangan.

buat yang membaca, doakan saya ye.

kadang saya rasa putus harapan..tapi Allah tu maha merancang.

Wallahu'alam.


Tahun 2017.
bercuti dengan family in law di Felda Residence Hot Spring,Sg. Kelah.masa ni dah perasan period delay dalam 2 minggu and ada changes in physical.hari-hari sakit kepala memang bertemankan minyak cap kapak je.tapi tak expect apa-apa.yela sebab dah setahun kahwin tapi tak pernah lekat lagi.

lepas balik dari hot spring, singgah semalam di rumah ibu.decided to buy pregnancy test.
naik double line tapi blurry lagi.dah excited sikit.so kitorang decide untuk check di klinik balik rumah nanti untuk confirmation doktor.


di klinik,doktor buat urine test lagi.kali ni line nampak jelas sangat.masa ni happy sangat-sangat.
doktor siap bagi free ultrasound.nampak lah kantung kecik berusia 5 minggu tu.means dah sebulan lebih.

tengok la papa kamu,adik..excited sangat.sikit-sikit tengok gambar ultrasound tu.
semoga ibu dapat tengok papa kamu happy macam ni lagi..kesian dia..


reunion dinner with family- pregnancy announcement.

hujung bulan yang sama..ibu alami pendarahan.terus check di klinik.
tiada heartbeat
kantung tak well develop.
akhirnya kamu terpisah dari jasad ibu.

ibu redha,sayang....

dah hampir 4 tahun berlalu.
besar harapan ibu supaya adik kamu bakal menginap dalam rahim ibu.




dilema

im getting stress out thinking of gaji,kerjaya yang tak maju-maju.
di usia ni gajiku patut disekian harga.tapi masih stuck di takuk itu sahaja.

bukan menidakkan rezeki.memang banyak sangat dah nikmat yang Allah bagi.
tapi rasa useless sangat.tambahan bila ada masa nak reward diri sendiri jadi berkira-kira.
end up takde pun reward tu.

orang terdekat keep pushing,blaming me.cakap aku yang pilih kerja ni.so hadap la.
korang bayangkan,fresh grad,takde pengalaman langsung,nak taknak terpaksa terima apa je job offer for the sake of experience. i wish i can decide whatever i wanted to do tanpa ambil kira pandangan orang lain.dari kecik rasa hidup dikawal.nak sekolah apa,jurusan apa,pegi sekolah ni tak boleh,ambil jurusan ni tak boleh.dan aku pun tak boleh nak salahkan orang lain sebab aku sendiri tak firm dengan pendirian.

rasa hilang keyakinan diri sangat-sangat.
or
adakah aku je yang overthinking?
taking things too personally?

haih.
Hasbunallah wanikmal wakil..
Allah sebaik-baik pelindung..

moga Allah tunjukkan jalan...
aku bahagia..
aku bersyukur..


Aug 26, 2021

Resipi Bubur Asyura MIL

Bubur Asyura lazimnya sinonim dengan peristiwa Awal Muharram.biasanya ianya dimasak pada 10 Muharram. dikatakan sejarah masakan bubur ini bagi memperingati Nabi Nuh yang makan biji-bijian yang terdapat didalam bahtera baginda.

sejauh mana kesahihannya..Wallahualam.

di Malaysia,ada pelbagai jenis bubur Asyura.jika di negeri pantai timur, bubur ini dimasak dalam bentuk pejal.masing-masing punyai keunikan sendiri.

anyway, juadah ini juga salah satu signature dish mak mentua saya. sangat sedap.

kebetulan pula mak saudara minta resipi. jadi kita simpan di blog untuk rujukan masa hadapan,

cuba lah!kalau jadi jangan segan share di ruang komen dibawah ya!

Resipi Bubur asyura.                                 
Bawang merah dan bawang putih , 
halia , serai , udang kering  . 
Serai di titik . 
Boleh masuk daging atau ayam . 
Kacang tanah di sangan , 
kacang kuda dan kacang dal direndam dahulu. 
Tumis semua bahan2 tadi masukkan beras dan kacang2 tadi . 
Kacang tanah masukkn akhir sekali setelah bubur masak. 
Jika suka bleh masukkn sop punjut ketika menumis bawang tadi . 
Bila bubur dh kembang ...masukkn santan kacau sampai tanak 
Masukkan lada sulah . 
Kalau nk sedap lagi masukkn kiub pati ayam . 
Dah betul2 tanak ...angkat , sejukkn dan makan . Jgn lupa letak garam . Klau pandai masak ...jadi sedap . Klau tak pandai masak ....jadi tak sedap.

#resipi



Aug 15, 2021

Sikap dan Habit

 sambil scroll FB tersentak dengan satu status yang dimuat naik oleh ahli motivasi Syed Faisal Harmony.all this while memang follow kerana beliau banyak menasihati tentang hubungan suami isteri.

walaubagaimanapun, status FB beliau yang berbunyi seperti ini :

Duduk 'bersahaja' pun boleh jadi habit 2 bulan akan datang. habit 'pasif' yang bawa kepada 'rasa malas'. Be concious.Memori anda merekod eveything. even dalam bilik ai,dia 'ada'-lovesage-

memang selama ni rasa aku terlalu taking my own sweet time. entah la..when getting older, aku rasa dah takde enthuism nak buat apa pun.mungkin aku rasa aku dah takde peluang untuk spark the glitter inside so i keep in denying.hidup dalam comfort zone.takde kemajuan dalam diri.in fact, aku just follow the flow.

mendengarkan keratan ayat Syen Faisal ni, aku kena buat habit yang berfaedah. antaranya :

Kerohanian :

  • bangun pagi sebelum subuh
  • lazimi solat sunat
  • amalkan solat sunat tahajjud
  • mengaji setiap hari
  • istighfar dan selawat whenever possible
  • nak read books
Fizikal
  • exercise or YOGA everyday
  • appreciate tubuh badan

Aug 9, 2021

Siti Sarah Raisudin Meninggal Dunia

 


hari ini seluruh rakyat Malaysia kehilangan artis berbakat,Siti Sarah Raisudin.Mula dikenali ramai dengan lagu 'Kesetiaan',tak dinafikan suara beliau sangat lunak. kalau tak silap lagu tersebut dilancarkan sekitar 2002,masa tu saya baru je sekolah rendah. teringat dulu,masing-masing ada buku lirik lagu,maka lagu ni diantara yang terkandung dalam buku tersebut.

fast forward over the years,beliau dikatakan mengahwini Shuib yang ketika tu baru menempa nama dalam dunia seni tanah air. melalui pembacaan dari media, mereka tak bersanding pun di hari perkahwinan kerana kekangan kewangan.tapi Shuib dah janji akan bersanding juga satu hari nanti dan ya,dia tunaikan janji tersebut.boleh nampak sinar kebahagiaan Sarah dalam rumahtangganya. gembira di samping Shuib.Si suami juga amat menyangi isteri. pernah suatu ketika viral Allahyarhamah mencium ketiak suami,shuib juga tak lokek memberi sejumlah besar wang untuk Siti Sarah. mungkin berkat membahagiakan isteri, rezeki Shuib juga tak putus-putus.

seusai perkhabaran sepeninggalan beliau di dunia ini, maka satu demi satu amal kebaikan didedahkan oleh teman beliau.Saudara Nuri di Palestin menunjukkan screenshot Siti Sarah melaburkan 7 bahagian untuk ibadah korban di Palestin dengan 1 bahagian bernilai RM 7+++ .

beliau insan yang baik.disayangi semua orang.diambil Allah ketika setelah bertarung nyawa melahirkan anak mereka serta bergelut dengan virus Covid 19.semoga Allah mencucuri roh beliau.

Al Fatihah.


Apr 5, 2021

Sambal Ikan Bilis Garing Ghasoo 140g ( Original / 3x Pedas )


Berat : 140g

Pedas biasa : RM 15.50

Pedas 3x giler : RM 20

.

Ramai dah try, ada yg REPEAT lagi, satu bekas tak cukup tau.

Dia punya sedap sampai ada yang buat jadi kudap-kudap walaupon sambal.


“KRUP KRAP KRUP KRAP”

✔ Rangup bilis tawau gred AAA

✔ Rempah sesedap rasa

✔ Masin sesedap rasa

✔ Sangat super sedap

✔ Sesuai untuk dibawa travel 

✔ Tiada gula

✔ Kurang berminyak


Pembelian melalui shopee :

https://shopee.com.my/product/64492956/8021153710/


#sambalbilis #ghasoo

Mar 31, 2021

Metformin + 3rd IUI Attempt

lepas 2x failed IUI berturut-turut, this time around aku tak jaga sangat pemakanan sebab tak ready.actually, lepas IUI kedua HTAR tak receive any fertility treatment sebab kes covid melanda hospital di hospital tu.so dalam 2 bulan juga la aku tak on treatment. druing tak treatment tu rasa lapang sangat kepala,meaning tak stress langsung sbb tak makan ubat hormon,makan sesuka hati.hahaa


tiba watku appointment, kali ni instead of doc bagi clomid, beliau prescribe injection Humog.

3x injection.purposenya sama mcm clomid - untuk besarkan telur.


macam biasa,TVS hari ke-10, doc cakap telur tak cukup besar untuk proceed IUI.

sis is sedih sekejap. sementara tu sempat juga berbual dengan doktor pakar, apa yang boleh diimprove untul capai successful IUI.

doctor sendiri admit percentage IUI seccess sangat low so belau tak berani nak janji apa-apa and dia review balik report aku.apa yang dia advise is to imprive sperm quality, so suggest 1 supplement for sperm 'Profortil'.boleh beli kat farmasi or shopee. tapi harganya boleh tahan. plaing murah RM300/30 caplsules kalau tak silap.

kesimpulannya,appointment kali ni

-

-

IUI abandon

-

-

masuk kereta terus nangis.

and buat pertama kalinya doc prescribe metformin which is yang selama ni aku nak elakkan.sempat lagi tanya kat doktor,my sugar level ok,kenapa doc prescribe metformin?

buat pengetahuan semua,metformin bukan fokus untuk diabetic je, ubat ni juga membantu untuk PCOS.actually PCOS ni dalam term pasarnya,diabetic kepada ovari.dia membantu untuk tingkatkan sensitiviti insulin dan secara tak langsungknya seimbangkan hormon.

sekian kisah sedih kali ni.

kita cuba lagi lain kali.

Restoran/Kedai Makan di Telok Panglima Garang (Halal)

NightBus 127

Price range :

Alamat : Lot 389, Batu 13, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor

Contact : 011-2626 4127

Waktu Operasi : Isnin - Khamis : 5pm - 12am,Selasa cuti,Jumaat - Ahad - 5pm - 1am

Rate : 8/10


Kedai Makan Barakah

Nasi Geprek Viral


Senarai Restoran/Kedai Makan di Pulau Indah

Kampung Tradisi Pulau Indah

The Windmill

Nasi Kukus Sofea

Nasi Campur Rambutan

RnR Pulau Indah


Laguna Park

Restoran Cina Muslim Rahmat Tan

Gerai Nasi Campur Kas Seri Kesuma


Star Cruise

Nasi Kukus

Siti Tomyam

Star Cruise Food Court

Nov 11, 2020

Polycystic Ovarian Syndrom (PCOS)

 the day i was diagnosed with PCOS, i was so clueless...

periodku regular. cuma since tahun lepas aku perasan jerawat naik mencanak.sepanjang hidup ni tak pernah muka ni sensitif,apa lagi jerawat.pakai la skincare apa pun kulit muka ni memang tahan lasak.

stress sangat dengan jerawat ni..jerawat makin banyak,parut tak hilang-hilang.jerawat pulak bukan jenis kecik-kecik.semuanya jerawat batu.sumpah sakit.

jadi bermula lah kajian mengenai PCOS ni sikit demi sikit..

to be honest, nak counter PCOS ni sangat la exhausting..seriously...

apa itu PCOS?

ketidakseimbangan hormon dalam badan..ia adalah sindrom,bukan penyakit.boleh diubati dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

boleh jadi period kau regular tiap bulan,TAPI kecenderungan telur/ovum kau matang untuk persenyawaan ada lah rendah( ini kes aku sendiri). telur ada tapi kuantiti sikit dan diameter kecil.

Simptom PCOS

  • irregular period
  • jerawat
  • susah turun berat badan
  • mood swings
  • excessive hair growth especially di dagu
  • rambut gugur
  • skin tag (macam biji kolestrol dekat mata tu)
Supplement suggested ( for TTC)
  • inositol
  • fish oil
  • vit D E C

kadang-kadang diri ni buntu.rasa macam dah jaga makan tapi still tak OK.
dah elak nasi,
buat Intermittent Fasting(IF) tapi berat 1 kg pun susah sangat nak turun.
dah cut gula, padahal nafsu ni rasa nak teguk vanilla coke botol besar.
stress..tak dapat nak elak sebab keje makan gaji kan...

to the extend...rasa nak terus buat IVF je.umur makin tua..
IVF pulak modal kasar.best kalau duit berjuta lemon.nak spend 10-20k pun tak kisah.
moga ada rezeki..

doakanku ya kawan-kawan....




Jun 4, 2020

Rawatan Kesuburan di Hospital Kerajaan


2020 marks 4 tahun usia perkahwinan kami. after last misscarriage back in 2017, takde langsung lekat.so i made decision to settle this down. cari core punca why i hardly get pregnant.lepas research few blogs tentang treatment di hospital kerajaan, saya nekad nak try treatment kat sana.
kebetulan satu hari tu off day, makanya,pagi-pagi ni seawal 8 pagi saya dah terpacak di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah tak ramai orang. process went smoothly. 

1. Permohonan Temujanji di Hospital Besar
untuk yang baru nak set appointment, disyorkan datang Klinik Kesihatan berdekatan korang.sesampai di klinik, just cakap dengan nurse kat kaunter pendaftaran tu yang kita nak minta surat rujukan doktor untuk rawatan kesuburan di hospital besar.
sejurus jumpa doktor, korang akan ditanya soalan tentang sejarah kesihatan kita sedikit sebanyak,contohnya :

  • personal details (kerja / umur )
  • berapa tahun dah kahwin?
  • menstrual cycle regular or tak
  • pernah gugur sebelum ni atau tak
  • kekerapan bersama suami
  • nak refer hospital mana
  • suami perokok atau tak
  • history penyakit family (parents ada sakit apa)

lepas tu doktor akan bagi surat untuk pass ke hospital. so straight away bawa surat tu ke department O&G di klinik pesakit luar untuk dapatkan tarikh appointment dengan doktor,tapi bear in mind,date tak dapat on the dot tau. within seminggu baru hospital akan call untuk bagitahu tarikh appointment.dalam kes ni saya pass di Hospital Tunku Ampuan Rahimah.

caj rawatan setakat ni RM 1 je.

2. Temujanji Pertama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang 3/7/2020
Kos Pendaftaran - RM 5

doc buat ultrasound sahaja sebab masa tu on menses so tak boleh buat TVS. melalui ultrasound tu samar-samar nampak ovari sebelah kiri ada PCOS.
murung seharian. sejak dari tu saya dig details tentang PCOS. masuk group Facebook PCOS Support Group Malaysia & Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Alhamdulillah,banyak info dapat dari dalam group.
kadang kadang rasa dah cukup jaga makan, control gula, tak amek karbo..tapi PCOS masih ada.
mind you, PCOS ni hanya boleh heal melalui lifestyle kita je.clean diet,exercise,no stress yaaa


3. Sperm Test 4/6/2020
dalam banyak-banyak test,guess what..ini je test yang kaum suami buat ye sis.
rasa macam tak adil tapi ini la realitinya.so kalau suami tak bagi kerjasama memang akan rasa kecewa sikit la. harap kaum Adam cukup supportive terhadap isteri ya.

jadinya doktor bekalkan bekas sample macam bekas air kencing,pagi-pagi dalam pukul 7 suami kena keluarkan sperma dan pass ke makmal patologi hospital within 1 jam supaya sperma tak cepat mati.
lepas tu kita just tunggu result from doctor je next appointment...


4. Pap Smear + Ujian Darah
sebelum ni doc tak cakap kena buat pap smear.ingatkan nak inform result sperm test & ujian darah.
rupanya kena buat Pap Smear. cuak taktau nak cakap sebab tak expect kan.

tujuan pap smear ni adalah untuk identify kalau kita ada penyakit di rahim. dinasihatkan untuk setiap wanita yang dah berkahwin or sexually active untuk buat pap smear at least setahun sekali.
kaedah pap smear ni, doc akan scrap sel di rahim.sebelum tu doc akan buka vagina melalui speculum/muncung itik.prosedur ni tak sakit sangat.cuma ngilu sikit je bila kena scrap.
yang penting kena relax je,ok?

ujian darah pula bertujuan untuk tau hormone level.









5.  HSG @ Hospital Shah Alam 14/9/2020 
Kos - RM 0 (serius tak percaya weh)

dalam banyak-banyak treatment, HSG paling tak sanggup nak buat lagi.sebelum ni baca blog pengalaman orang lain macam mostly cakap tak sakit,so kita pun set dalam minda semua ni tak sakit, which is positive la kan..walha dihari kejadiannya Allah saja lah yang tau sakitnya.
disebabkan Hospital Klang punya equipment untuk buat test ni ada breakdown, so kena divert ke Shah Alam. cari parking je dah sejam sis.

briefly, HSG ni is a test untuk kenalpasti jika saluran fallopian (fallopian tube) ; tempat ovum dan sperma disenyawakan tersumbat atau tak.metodnya adalah dengan melepaskan dye/contrast ke dalam rahim dan dimasa yang sama rahim akan di x-ray untuk tengok jika ada blockage.
teknik lebih kurang pap smear,mulut itik dimasukkan di vagina.masa ni rasa macam organ dalaman kena drill,siap pakej bunyi skru.lepas tu baru dye akan dilepaskan.fuhh masa ni sakit gilos rasa senguggut 10x ganda sis.dan kesakitan ni berterusan lebih kurang 2-3 jam.menagis all the way dari hospital ke rumah.nasib tak drive sendiri masa tu.suami pun dah cuak tengok isteri menangis.

Keputusan agak memberangsangkan,Alhamdulillah 2-2 tiub takde blockage. tapi tengok kedudukan rahim agak senget.tak tau kenapa.tapi tak membahayakan pun...





6. Hasil Keputusan 29/9/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

Tiba lah masanya semua result prosedur yang dibuat sebelum ni di revealkan..

TVS - disahkan menghidap PCOS di ovari sebelah kiri. menurut doktor,eventhough menses regular,ada kebarangkalian telur tak matang untuk bersenyawa.

Sperm Test - ada abnormallities dengan sperm,dari segi mobility dan physical shape.say the normal mobility is 1.5, jadi doctor suggest untuk husband beli supplement 'Surbex Zinc' di mana-mana farmasi luar untuk enhance kualiti sperm.

HSG  - no issue as both tubes are not blocked.

in the end doc decided us to go for IUI . 
jadi beliau bekalkan saya dengan folic acid & Clomid 100gm
clomid kena ambil dari hari kedua period sehingga hari ke-enam. 
pada hari ke-10, doktor akan buat TVS untuk tengok jika telur dah cukup matang untuk disenyawakan.
kalau ye, sperma suami diperlukan untuk kaedah IUI.

kos IUI seperti yang diberitahu ialah RM 103.
murah sangat sangat berbanding klinik di luar yg mencecah ribuan ringgit tau

7. Clomid Result 12/10/2020
Kos Pendaftaran : RM 5

today TVS again untuk tahu how well clomid responds.hari ini CD10.
Alhamdulillah ada 3 telur besar. satu di sebelah kiri, 2 lagi di ovari kanan. the biggest diameter is 18mm. hopefully it will develop enough sampai ovulation to normal diameter , > 20mm.
syukur sangat rahim berjaya menghasilkan telur.banyak kerisauan dalam kepala ni sebenarnya.
memang banyak duit dilaburkan dalm usaha TTC kali ni. antaranya :

  • minum susu kambing fresh setiap pagi  -RM6 sebotol ; untuk rahim dalam keadaan suam
  • beli Zinc Surbex - tingkatkan kualiti sperma
  • Vitamin E
  • fish oil
  • Shatavari - balancekan hormon
  • buah kiwi 2 biji sehari - vitamin C 
  • tak makan nasi, reduce carbs & sugar 
  • yoga & work out

berita yang kurang baik sikit cuma uterus lining tak cukup tebal untuk follicle tu menempel.
my uterus lining thickness cuma 3cm..thickness yang sesuai is 8cm ke atas..
jadi doktor bekalkan ubat Progynova 2mg (estradiol) ; hormon estrogen sintetik bertujuan untuk menebalkan dinding rahim. 
first time ambil, sakit kepala tak boleh bawa bincang.panas badan sampai tidur pun air cond kena max,penglihatan macam kabur sikit,sikit je. sama macam ambil comid hari tu..
14/10 jumpa doc lagi untuk tengok uterus lining ada development ke tak

8.) IUI ?
Kos Pendaftaran : RM 5





hasil TVS hari ini 14/10/2020
  • 3 dominant eggs ( 23mm, 18mm, 15mm)
  • uterus wall menebal 6cm
Alhamdulillah..puas hati sangat dengan result ni.
cuma khabar yang tak berapa baik is tak boleh proceed IUI sebab MCO.
jadi doc bekalkan suntikan bertujuan pecahkan telur.
so esok 15/10/2020 jam 10am kena inject sendiri, 36 jam selepas cucuk which is 10pm hari Jumaat kena bersama suami.

 

semoga dengan izin Allah ada lah rezeki kali ini,kalau period masih datang doc suruh schedule semula appointment.

pray for me ya...

update 11/11/2020
petang tadi baru lepas check up TVS lepas miss P datang..
kecewa rasanya..penat..bila kita dah usaha tapi in the end period jugak.
jadinya hari kedua menses, terus call hospital untuk ambil Clomid.
jadi kita start balik clomid la...

result hari ni worse sikit dari last month..

1 je telur yang besar kat sebelah kiri.
ovari sebelah kanan ada 9 biji kecik-kecik..sebab PCOS kat situ..

Alhamdulillah ada juga dominant egg daripada takde langsung kan..
teringat dulu TVS kat Barakah telur ada dlm 7-8 bijik 

jumaat ni dtg lg hospital utk TVS. if everything OK doc akan proceed IUI.
harap ada rezeki buat IUI kali ni sbb bulan lepas tak boleh proceed sbb MCO.

13/11/2020 TVS
Alhamdulillah development ovum sangat menggalakkan.tak dapat nak tau in details sebab doc kali ni sangat strict dan tak really friendly. cuma dia just decided buat IUI Isnin ni.
so kali ni dapat lagi ubat untuk ijection HUCOG 5000.

disebabkan timing cucuk pukul 10pm during weekend 14/11/2020,
terpaksa lah minta pertolongan cik suami cucukkan.
last time collegue yang tolong.plus dia agak mahir teknik cucuk ni sebab dia pun kerja kat lab.

anggaran telur pecah is 36hours upon injection.
jadinya by 10am 16/11/2020 kena la buat IUI.

16/11/2020 - IUI (Intrauterine insemination ) Permanian Beradas
Kos - RM 103


TWW(two week wait) - upt after IUI - 30/11/2020
Duphaston
folic acid

kalau mengikut teori pembacaan, suntikan 10000 IU mengambil masa 14 hari untuk keluar dari badan dari hari administration tu. 5000IU dalam 10 hari, 2500 IU dalam 7 hari. so seeloknya jangan test dalam tempoh tersebut atau awal dari tu. http://impianduajalur.blogspot.com/2016/09/upt-selepas-iui.html

Cucuk Hucog 5000 : 14/11/2020
next upt test - 25/11/2020



May 4, 2020

New Job,New Environment

seriously, i really need a new environment.
dah 5 tahun kerja sini since grad,i think i din grow much here.
officemate yang sama-sama masuk kerja pun dah tinggalkan company ni.
so demotivated here. no passion, so not excited being presence in the office.

hoping 2020 brings a miracle to me,insyaAllah.

doakan saya please,kawan-kawan.